SABDA Nabi saw dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim; “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh),” maka New Straits Time dinasihatkan bertaubat, memohon maaf dan menarik balik siaran kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mengkafirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata demikian dalam protes di hadapan ibu pejabat New Straits Time Press (NSTP), Bangsar, Kuala Lumpur dihadiri kira-kira 200 penyokong Pas selepas solat Jumaat.
Sehubungan itu, beliau turut berkempen boikot serta menyeru syarikat menghentikan Iklan di akhbar tersebut sekiranya gagal pihak media tersebut gagal berbuat demikian sebagaimana yang dituntut iaitu menarik balik, memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penyokong Pas berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, membantah penyiaran laporan berita menggelar Mursyidul Am Pas itu sebagai bapa kafir serta mengutuk Rahim sambil berarak satu kilometer ke NSTP.
Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST" sambil melaungkan takbir, "Hidup Islam", "Sayang Tok Guru" dan "NST Fitnah".
Mereka juga mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan dalam perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang.
Protes itu diketuai Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman, Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridzwan dan Timbalannya, Mohd Sany Hamzan.
"Berita itu tidak dapat diterima oleh Pas dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam ucapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST".
Menurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan Pas pada 1 Jun ini di Kedah.
Manakala Mohd Sany dalam ucapannya pula berkata pihaknya boleh menerima dakwaan bahawa menteri besar Kelantan itu tidak pandai memerintah negeri atau negeri itu mundur dengan menjawab kembali tuduhan itu.
Beliau yang juga pengarah jabatan pilihan raya Pemuda PAS bertanya kepada penyokongnya yang hadir, bolehkah mereka menerima tuduhan Nik Aziz bapa kafir.
"Tidak," jawab penyokong yang hadir.
Sementara itu, Kamaruzaman menyifatkan laporan tersebut "sangat biadab".
Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, beliau berkata, perhimpunan hari ini adalah langkah susulan selepas mereka menghantar memorandum minggu lalu, menuntut akhbar itu menarik balik laporannya dan memohon maaf.
"Tetapi kita dapat surat balas menyatakan berita itu sah, maka kita tuntut sekali lagi (hari ini) permohonan maaf dan laporan itu ditarik balik," katanya.
Kamaruzaman berkata pihaknya memberi tempoh seminggu lagi kepada NST untuk berbuat demikian, jika tidak pihaknya akan memboikot akhbar terbitan syarikat tersebut.
Sebelum itu, sejurus selesai ucapan dan doa dibacakan, Mohd Sany serta beberapa pemimpin dewan itu, bertindak memijak naskhah akhbar tersebut.
Pada mulanya, mereka mahu memijak akhbar tersebut di dalam kawasan pejabat NST, tetapi dihalang oleh anggota polis. Kira-kira 10 anggota polis berkawal di situ.
Dalam siaran 8 Mei lalu New Straits Times melaporkan kenyataan Rahim Noor mengatakan Nik Abdul Aziz sebagai father of kafir (bapa kafir).
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bercadang mengemukakan saman ke atas Rahim dan New Straits Times dalam masa terdekat.
“Tuduhan yang dikeluarkan oleh Rahim sangat kurang ajar dan melampau batas. Pas menggesa beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata.
“Pas turut mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang tercalar kerana memutar-belit kata-kata Senator Australia, Nick Xenophon,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata, Pas mengingatkan pihak terbabit bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
Menurut beliau, tuduhan berbentuk peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan apatah lagi jika dalam kumpulan tersebut memang mempunyai ahli dalam kalangan kafir.
Sebuah portal berita melaporkan Rahim menyifatkan Mursyidul Am Pas sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah tanggungjawab agama.
Menurut laporan itu, Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya “mengelirukan” rakyat.
Friday, May 25, 2012
Bertaubatlah NST, Rahim Noor tarik balik sebelum meninggal
Wednesday, May 23, 2012
Teringat debat Nazri berkain pelikat
SAYA masih ingat debat pedana antara Salahuddin Ayub dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 16 Februari 2003. Nazri tampil dengan kain pelikat, baju Melayu dan berkupiah putih sedangkan Salahuddin penuh bergaya dengan kot.
Saya dah agak Nazri akan tampil dengan gimik. Kekuatan beliau adalah autoritinya sebagai menteri Kabinet. Memang hujah dilontarkan Salahuddin membuktikan kerajaan bertindak untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Namun begitu autoriti Nazri menguatkan hujahnya dan meyakinkan pendengar terutama golongan akademik dan mereka yang tidak memihak pada mana-mana parti politik. Satu lagi sikap Nazri ialah memperlekeh lawan. Kalau kat Parlimen lagi teruk dikutuknya pembangkang.
Kalau Nazri dengan autoriti menteri malam tadi debat anjuran Sinar antara Khairy Jamaluddin lawan Rafizi yang saling mengemukakan angka tetapi pendengar lebih yakin dengan angka diberikan Rafizi.
Ini kerana autoriti beliau sebagai akuantan dan Pengurus Besar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor serta rujukan beliau lebih meyakin daripada angka Khairy yang tidak dinyatakan dimana sandarannya.
Hujah Khairy atas kapasitinya sedangkan beliau bukan menteri Kabinet berbeza dengan keterampilan dan perbahasan Nazri walaupun beliau muncul dengan kain pelikat.
Kita juga dihidangkan debat minyak antara Anwar dengan Ahmad Shabery Chik sehingga orang Kemaman mengutuk Shabery yang dilihat gagal menandingi Anwar. Buat malu orang Kemaman.
Bagaimanapun apa yang penting malam tadi ialah kenapa pendidikan percuma tidak dapat dilaksana oleh kerajaan BN.
Sebagaimana dijelaskan Rafizi setiap tahun negara alami kerugian 28 billion kerana pemerintahan Umno.
Rafizi mampu mendedahkan penyelewengan dan rasuah Umno yang tidak dinafikan Khairy. Malah Khairy nampak terkial untuk membela NFC dan Tajudin.
Rafizi juga membanding membinaan univerisiti luar negeri dengan anggaran bajet yang dikemukakan Khairy.
Berita berkaitan:
Debat isu hapus hutang PTPTN tidak konklusif
Zulaikha Zulkifli 2:41PM Mei 23, 2012
Debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada malam tadi jelas berkisar mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang melalui Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Namun tiada jawapan konklusif yang dapat disimpulkan daripada hujah berhubung isu yang diperdebatkan – sama ada negara benar-benar akan muflis sekiranya rancangan tersebut dijalankan.
Rafizi ketika membuka gelanggang berkata, rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.
Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun, katanya dalam program debat anjuran akhbar Sinar Harian itu.
Khairy semasa gilirannya selepas itu tangkas memberi gambaran bahawa negara akan mengalami kerugian dan muflis seperti negara Greece sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dan melaksana rancangan untuk memberi pendidikan tinggi percuma seperti itu.
Katanya, langkah untuk menghapuskan hutang pelajar daripada PTPTN itu mustahil untuk dilaksanakan dan akan menelan kos RM30 bilion, bukannya RM24 bilion seperti diuar-uarkan Rafizi.
Khairy turut merangkum kos yang perlu ditanggung sekiranya kesemua tawaran Pakatan dalam dokumen Buku Jingga dilaksanakan.
Jelasnya, subsidi yuran kepada 1.4 juta pelajar di institut pendidikan tinggi swasta, seperti dirancang Pakatan Rakyat akan menela kos sebanyak RM60 bilion.
"Nak sara hidup pada rakyat, saya kira-kira dalam RM25 bilion. Kalau nak ikutkan kena buat pinjaman – bon kerajaan – dengan bunga 3.7 peratus, untuk 10 tahun.
"Tiap-tiap tahun perlu bayar RM6 bilion. Jumlah keseluruhan yang dicadangkan Pakatan-PKR ialah sebanyak RM185 bilion. (Jumlah itu) bahagi 10, jumlahnya ialah RM18 bilion setiap tahun," katanya.
Kataya, tawaran itu mustahil untuk dilaksanakan, termasuk rancangan untuk membina 10 buah universiti baru yang akan menelan belanja sehingga RM2 bilion bagi setiap satu universiti dan menjadikan jumlah keseluruhan RM20 bilion.
Katanya, kos pengurusan untuk sesebuah universiti, seperti Universiti Sains Malaysia (USM) akan menelan belanja sehingga RM31 bilion.
Kenyataan tersebut disambut oleh Rafizi yang berkata, anggaran RM2 bilion untuk membina setiap universiti hanyalah "anggaran oleh Umno."
Katanya, kos untuk membina universiti antarabangsa di Malaysia seperti kampus Universiti Monash juga hanya menelan kos RM200 juta.
"(Timbalan menteri pengajian tinggi) Datuk Saifuddin (Abdullah) ada di depan ini boleh sahkan bahawa Universiti Monash buka kampus pada tahun 2007, dengan fakulti yang mencukupi untuk kapasiti 5,000 orang menelan belanja RM200 juta," katanya.
Saifuddin ketika ditanya dalam sidang media selepas itu bagaimanapun enggan menyebelahi mana-mana pihak.
Katanya, isu tersebut buka soal ketepatan data – jumlah kos unuk membina sesebuah kampus baru – dan beliau juga tidak mengetahui sumber data yang dikemukakan kedua-dua pihak tersebut.
Beliau juga gembira kerana isu tersebut diperdebatkan dan bukan hanya komunikasi sehala seperti ceramah.
Punah tamadun Melaka kerana Perkasa, Umno
SAYA tidak dapat bayangkan berapa biji telur melayang hinggap ke dahi Rafizi dan moderator Dr Maszle Malek bila bertanyakan kepada Khairy yang dipersoalkan NFC melibatkan beratus ringgit tidak dihalang ke luar negeri tetapi pelajar tak bayar hutang disekat dekat airport.
Inillah akan berlaku dalam debat Khairy lawan Rafizi dianjurkan Sinar Harian, malam tadi sekiranya orang Melaka yang digelar Datuk A Samad Said sebagai negeri `Hang Samseng’ sedangkan dahulunya terkenal dengan Tamadun Melayu Melaka hadir dalam program tersebut.
Pelik juga rasanya Ketua Menteri Melaka yang tidak tahu rasa malu bila seorang tokoh Sasterawan Negara itu boleh kata; “Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng."
Gara-gara kuncu-kuncu Perkasa dan Umno yang mahu menyerang Samad dan Ambiga jika ke Melaka maka beliau dinasihatkan tidak pergi ke negeri itu.
Apa ke `haramjadah’ (meminjam kata Najib) manusia kelahiran Melaka. Orang boleh berdemokrasi secara gentleman dan baik tetapi mereka mahu berperang. Mereka inilah sebenarnya `kepala sakit’ yang merosakkan ketamadunan Melayu Melaka.
Sebagai orang Islam berakhlak. Berhujah lawan dengan hujah. Tunjukkan sikap jiwa besar yang boleh menerima pendapat. Bukan menjadi katak dibawah tempurung. Dihulur makan menganga mulut. Disuruh berfikir otak terkurung kerana sifat jumud dan taksub kepada Umno jadilah manusia buruk dan jahat yang mengubah nama baik negeri Melaka.
“Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Hang Tuah tetapi sekarang sudah jadi “Samseng Melayu kerana Umno.”
Bagaimana seorang pemimpin di negeri yang dahulunya bertamadun boleh melahirkan rakyat yang amat geram dengan pemikiran baik. Rakyat yang tidak boleh tengok dengan manusia berusia emas masih ke sana ke mari memperjuangkan nasib negara dihancurkan Umno.
Kotor, jahat, buruknya nama baik Melaka hasil pemerintahan Umno. Ubahlah cari pemimpin yang mampu membentuk akhlak rakyat menjadi baik dan bertamadun.
Segelintir orang Melaka sekarang tidak bertamdun kerana Perkasa dan Umno. Mereka jadi jahat. Lapar mahu memukul orang tua dan orang yang buat baik. Mereka sudah jadi manusia hati batu. Hati keras yang tidak reti menilai mana baik dan mana jahat.
Siapa yang ajar? Umno. Ubahlah.
Berita berkaitan:
'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'
Abdul Rahim Sabri 12:36PM Mei 23, 2012
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negari Hang Tuah.
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.
Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.
Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.
Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.
"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.
Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.
Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.
Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tuesday, May 22, 2012
Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13
SAYA mungkin bertanggapan beliau profesional dan kes Anwar dikira berprofil tinggi maka mana-mana loyar berminat sertai kumpulan peguam Anwar.
Bagaimanapun kita lihat Yusof sendiri sengaja membiarkan kehadirannya menjadi buah mulut orang ramai menimbul pelbagai persepsi dan tanggapan.
Kalau Anwar berkata sebaliknya tetapi ada juga pihak yang boleh persepsi kemungkinan ada piahk yang mengatur.
Kita tidak boleh lupa Adun Bota daripada Umno boleh keluar parti itu masuk PKR tetapi beberapa hari kemudian masuk Umno balik dan kemudiannya kerajaan pakatan rakyat Perak jatuh kepada Umno.
Baru lagi cerita pemuda Umno kawasan di Perak keluar Umno tapi hanya beberapa hari masuk balik Umno.
Namun kita lihat perkembangan ini berhati-hati dengan pandangan positif selepas Fauzi bekas pegawai polis masuk Pas.
Berita berikutnya;
Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya
Hafiz Yatim & Ahmad Fadli KC 3:07PM Mei 22, 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.
"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.
Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.
Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.
Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Monday, May 21, 2012
Isu muzakarah diputar alam oleh Umno
ISU muzakarah yang diminta Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jadi muzakarah perpaduan dijaja Umno.
Berlainan sangat perkara sebenar ditimbulkan Nik Adbul Aziz yang mahu bermuzakarah tentang isu penggunaan nama Islam pada Pas yang cuba diharamkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya beliau bersedia untuk membawa perkara tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Respon daripada situ Nik Aziz mahu bermuzakarah dengan Umno dan disambut baik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, Umno memang sudah sedia bermuzakarah dengan Pas dalam isu perpaduan.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara konsisten sejak daripada isu muzakarah perpaduan ditimbulkan Umno tetap berkata Pas boleh bermuzakarah dengan Umno tetapi Umno hendaklah melaksanakan pilihan raya secara adil.
Tuntutan Bersih 3.0 kena terima dahulu baru Pas boleh bermuzakarah dengan Umno.
Sebalum Nik Abdul Aziz seolah bertelagah dengan Mustafa Ali dalam isu muzakarah yang menegur Muhyiddin kerana Umno sengaja putar alam isu muzakarah yang dibawa Nik Abdul Aziz.
Nik Aziz tidak memahami perangkap Umno itu bagaimana cepat membuat keputusan yang selari dengan Pas.
Inilah mainan politik Umno dalam isu muzakarah. Mereka tersepit dan cuba bergayut dengan Pas. Mahu pecah kesatuan Pakatan Rakyat yang boleh menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Umno kena ingat mereka tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk tinggal keseorangan. Apabila lepas pilihan raya umum nanti dan BN kalah maka ketika itulah Umno akan terasa dagangnya sebagaimana beliau buat terhadap sebatang kara.
Friday, May 18, 2012
13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan
BUKU terbaru daripada penulis buku politik, S H Alattas menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.
Sudah terdapat di pasaran dan tolong dipromosikan Harakahdaily mungkin kerana tulisannya menyerang Najib dan Kak Mah BN. Ia juga menggambarkan konsep sederhana yang diperkenalkan Najib tetapi Najib hidup dalam kemewahan.
Berita berkaitan:
Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib
Muhammad Faizal, 18 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.
Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.
Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.
Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.
Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.
Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.
Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.
Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.
Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.
Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.
