Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 30, 2010

Tentara AS: Saddam Hussein tersenyum sebelum dihukum mati

Sebuah surat khabar Jordan melaporkan bahawa seorang tentera Amerika membenarkan bahawa bekas presiden Saddam Hussein kelihatan tersenyum sebelum pelaksanaan hukuman mati terhadapnya dilakukan.

Surat khabar Iris Yordan telah mendapatkan sejumlah mesej media AS yang dihantar oleh seorang tentera AS kepada isterinya yang menggambarkan saat-saat terakhir dalam kehidupan bekas Presiden Iraq Saddam Hussein.

Tentera AS tersebut menggambarkan pada saat akan dilakukan pelaksanaan eksekusi mati terhadap Presiden Saddam Hussein, tentera Amerika itu melihat Saddam lebih dekat dengan keajaiban dan tersenyum dalam menghadapi kematiannya.

Surat kabar itu menambah, mengutip perkataan tentera Amerika tersebut yang mengatakan: "Saddam tersenyum selepas sebutan kesaksiannya sebelum eksekusi, terus tersenyum sampai dia meninggal, hal ini menunjukkan bahawa Saddam seperti sedang melihat sesuatu yang membuat hatinya senang dan kerana itu mengulang sebutan kalimah syahadatnya lebih daripada sekali sampai dia meninggal. "

Sebahagian daripada apa yang dinyatakan dalam surat itu, menurut surat khabar Jordan adalah: "Saddam terlihat tegar, sementara para eksekutornya terlihat takut, beberapa dari mereka gementar ketakutan dan yang lain untuk menutup ketakutan menutup wajahnya dengan penutup wajah menyembunyikan kepanikan mereka. Saya hampir keluar dari ruangan eksekusi, ketika saya melihat Saddam tersenyum setelah dia mengatakan simbol kaum muslimin (Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah / tidak ada tuhan selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah) .. Saya berkata pada diriku sendiri, tampaknya tempat ini penuh dengan bahan letupan yang terkunci dalam eksekusi. Ini adalah kesimpulan yang normal. Hal ini tidak terbayangkan bahawa seseorang tertawa beberapa saat sebelum eksekusi terhadapnya dilakukan. "

"Saya yakinkan anda bahawa dia (Saddam) tersenyum seperti ia melihat sesuatu yang tiba-tiba muncul di depan matanya .. kemudian ia mengulangi simbol kekuatan umat Islam dan sejenisnya mungkin kejadian ini mempunyai mesej moral yang kuat .. Percayalah, aku telah melihat sesuatu! " tegas tentera AS tersebut. (fq / imo)

Read More...

Tuesday, September 28, 2010

Pemuda Umno pun makan gaji duit haram

Jangan usul pemberian orang. Bila banyak sangat usul maka kita juga akan susah. Kita akan tambah celaru.

Pemuda Umno Pulau Pinang terlalu rajin usul wang pemberian kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas. Akhirnya dia sendiri terdedah makan gaji duit judi.

Duit halal bercampur dengan duit haram maka jadi duit haram. Sebab itu ulama berpendapat gaji yang diambil oleh pekerja kerajaan Malaysia ialah kerana usaha atau kerja yang dibayar upah maka gajinya halal walaupun sumber gaji kerajaan Malaysia haram.

Jadi kerajaan Malaysialah yang menanggung dosa dia buat bisnes haram.

Hujah ini berdasarkan dalil Masitah pekerja mengambil gaji bekerja sebagai pembantu rumah dengan Firaun sedangkan Firaun menjalankan bisnes riba menindas rakyat. Jadi duit perbendaharaan Firaun bercampur halal dengan haram.

Jadi pekerja awam Malaysia termasuk ahli parlimen atau wakil rakyat lain itu boleh ambil gaji mereka. Tak haram pun. Mana-mana mufti nak pelahap duit kerajaan Malaysia yang bercampur gaul dengan judi pun boleh ambil.

Bagaimanapun berlainan dengan orang tasawuf. Mereka akan mengelak daripada perkara subahat.

Apabila kita dapat tahu duit gaji atau pemberian yang diberi kerajaan Malaysia atau kerjaan negeri Pulau Pinang itu bersumber daripada wang judi maka tidak layak bagi sufi mengambil duit gaji dan wang pemberian tersebut.

Orang sufi dia mengelak makan dan guna duit bersumber wang haram. Itu tahap mereka manakala bagi orang awam ada dalil seperti kes Masitah tadi.

Oleh yang demikian bagi mereka yang menerima sedekah jangan kita usul atau selidik punca wang yang diberi itu.

Begitu juga bagi pemberi sedekah jangan usul apa yang dia akan belanjakan setelah wang itu diberi kerana pemberi sedekah sudah dapat pahala dan bukan tanggungjawab dia memastikan wang itu dibelanja secara halal atau tidak halal.

Tetapi kalau tahu orang yang hendak disedekah itu dibelanja kepada tidak halal maka jangan bagi sedekah dekat orang tersebut.

Jadi sanggup ke pemuda Umno Pulau Pinang yang dok gegel sangat tu jangan ambil gaji wang kerajaan Malaysia kerana dia dah bercampur sudah jadi haram.

Baca kmen ini:

Isu wang ihsan: Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hipokrit
September 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.

Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

“Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.

“Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial,” katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

“Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal,” katanya.

Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi “sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.”

Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.

“Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

“Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.

“Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal,” katanya.

Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal.

“Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal,” katanya.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan”.

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dan juga yang ini:

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
Sep 27, 10 2:34pm
Kongsi 0
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.

Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

Read More...

Monday, September 27, 2010

"Lawan" Israel, aktivis Yahudi berlayar ke Gaza

Sebuah kapal yang membawa aktivis Yahudi dari Israel, Eropah dan Amerika Syarikat hari Ahad semalam (26 September) belayar dari Cyprus menuju Gaza, dalam usaha untuk mematahkan sekatan Israel di wilayah Palestin, lapor seorang wartawan AFP.

Kapal yang membawa para aktivis yang bernama "Irene" tersebut meninggalkan pelabuhan Famagusta di utara yang dikuasai Turki di pulau Mediterranean timur pada petang hari dan tercatat lapan aktivis, tiga di antaranya adalah ahli awak, dan dua wartawan yang menyertai kapal itu.

"Saya ingin meningkatkan suara saya melawan kejahatan agar menarik perhatian dunia bagi 1.5 juta orang penduduk Gaza yang dikepung. Ini tidak berperikemanusiaan," kata Rami Elhanan, seorang aktivis keamanan Israel yang kehilangan puterinya yang berusia 14 tahun pada tahun 1997.

Dasar Israel terhadap Gaza tetap menolak misi kapal Irene dan menyebutnya sebagai "provokasi."

"Jika mereka serius ingin memindahkan bantuan ke Gaza, mereka boleh dengan mudah melakukannya setelah menjalani tapisan untuk mencegah penyeludupan persenjataan," kata Andy David, juru bicara Israel Kementerian Luar Negeri, merujuk kepada pelabuhan di Israel dan Mesir yang telah menerima kargo untuk pengangkutan darat ke Palestin.

Ketika ditanya apakah angkatan laut Israel akan cuba untuk bertindak keras semula atau menahan aktivis Yahudi, David menolak berkomentar.

"Berbanding dengan sekatan yang mendahului mereka hal ini sangat kecil," kata kapten kapal Irene, Glyn Secker, seorang warga Inggeris 60 tahun, yang merujuk kepada pengurangan sekatan. Masyarakat Gaza banyak yang menderita kerana dibarikade oleh Israel."

Kumpulan itu berkata, mereka membawa ubat, penulen air dan mainan pendidikan ke Gaza. (Fqaby)

Read More...

Sunday, September 26, 2010

Biskop Bishoy; Ayat al-Quran ditambahkan Uthman

Seorang biskop senior Koptik telah menyebabkan kehebohan di Mesir kerana mendakwa beberapa ayat al-Quran ditambah oleh sahabat Nabi saw, iaitu Uthman Affan.

Biskop Bishoy, setiausaha Sinode Gereja Koptik Kudus, menyatakan bahawa ayat-ayat tertentu daripada al-Quran telah dimasukkan ke dalam kitab suci selepas kematian Nabi Muhammad saw. Dan itu menyiratkan keraguan atas kesahihan ayat-ayat tersebut.

Selama ini, kaum muslimin percaya bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad kata demi kata oleh Malaikat Jibril selama sekitar 23 tahun.

Dalam pertemuan baru-baru ini dengan duta besar Mesir di Cyprus, dihadiri oleh beberapa media, Bishoy mengatakan bahawa ayat-ayat tertentu dari Quran bertentangan dengan iman Kristian dan bahawa ia percaya bahawa ayat-ayat itu ditambah kemudian oleh salah satu pengganti Nabi Muhammad, iaitu Khalifah Uthman Bin Affan.

Kenyataan itu jelas mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin Muslim dan bahkan Kristian sendiri. Semuanya mengulas bahawa kenyataan Bishoy boleh menyebabkan ketegangan sektarian.

Bishoy langsung mengatakan pada sebuah khutbah pada hari Rabu bahawa telah berlaku salah faham.

"Soalan saya, sehubungan dengan beberapa ayat Quran ditambah selepas kematian Nabi (Muhammad) bukan kritik atau tuduhan," katanya. "Ini hanyalah sebuah pertanyaan tentang sebuah ayat tertentu yang saya percaya bertentangan dengan iman Kristian," kata Bishoy khalayak di Fayoum, sebelah selatan Kaherah, seperti dikutip dari al-Masry al-Youm.

"Saya tidak faham bagaimana itu boleh berubah menjadi serangan terhadap Islam," kata Bishoy. (Sa / aby)

Read More...

Thursday, September 23, 2010

Kerajaan PAS Kedah terima nasib PAS Terengganu

Sekiranya tiada usaha bersungguh dilakukan PAS Kedah daripada sekarang menarik sokongan rakyat dan mengandakan kerja daftar pemilih, kebarangkalian kerajaan PAS Kedah jatuh pada pilihan raya umum akan datang seperti nasib kerajaan PAS Terengganu pada 2004 akan berulang.

PAS Terengganu memerintah negeri itu pada 1999 apabila memenanginya dalam pilihan raya umum ke 10 bagaimana tumpas pada pilihan raya umum ke 11, 2004. Kekalahan itu menyaksikan PAS Terengganu seolah hilang semangat kerana sampai sekarang gagal merangsang kerja daftar pemilih.

BN dimaklumkan pada pilihan umum ke 13 akan datang dijangka kecundang teruk dan hanya mampu menguasai dua negeri sahaja iaitu Terengganu dan Sabah.

Ini melihat kepada petugas PAS Terengganu hanya berjaya mendaftar 4,291 pengundi baru dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, jauh ketinggalan berbanding BN sebagaimana dicatat 9,477 didaftar oleh Umno manakala MCA (274).

Kemungkinan juga BN memperolehi satu negeri lagi dengan merampas Kedah daripada PAS apabila statistik pendaftaran pengundi baru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri itu untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini menunjukkan BN seramai 8,553 pengundi melebihi PR (8,080).

Dalam tempoh itu Umno Kedah berjaya mendaftar seramai 8,209 diikuti PAS (6,583). DAP (1,360), MCA (184), MIC (160) dan PKR (137).

Apakah Kedah akan mengulangi sejarah PAS Terengganu yang kecundang pada pilihan raya umum 2004?

PAS mempunyai keahlian kedua terbesar selepas Umno sebaliknya jatuh tempat ketiga dalam usaha mendaftar pemilih baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Bagi tempoh itu DAP mencatat paling ramai keseluruhan negeri mendaftar pemilih baru iaitu 55,321 diikuti Umno (54,872) dan PAS (38,631).

Penilaian tugasan tersebut menunjukkan prestasi yang tidak seimbang dengan banyak program yang dianjurkan parti itu jika dibandingkan parti politik lain.

Dalam usaha mendekatkan parti dengan pengundi baru PAS tidak segigih DAP dan Umno sedangkan konsep tarbiyah PAS `kerja ikhlas dapat pahala' mampu membentuk ahlinya bekerja kuat untuk rapat dengan pengundi baru disamping mendaftar mereka sebagai pemilih baru.

Bagaimanapun Kelantan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berjaya mendaftar seramai 15,853 berbanding Umno (5,474), PKR (362) dan MCA (62) bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Di sini DAP tidak menumpukan pemilih baru.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun, berkata PAS negeri itu mempunyai strategi tersendiri dalam usaha menarik pengundi baru mendaftar.

"Daftar pemilih satu kerja yang orang yang kata kalau tak gigih tak boleh buat, kalau tak bersemangat betul tak boleh buat dan kita ada strategi sendiri yang tak boleh didedahkan," katanya.

Pakatan Rakyat (PR) dijangka dapat menguasai kembali Perak Daruk Ridzuan sekiranya berdasarkan penilaian jumlah daftar pemilih baru yang diusahakan parti dalam PR seramai 8,920 berbanding BN (3,685).

Barangkali faktor ini juga menjadi pengaruh kuat sehingga BN tidak berani membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak untuk mengadakan pilihan raya kecil sebagaimana dicabar PR.

Perak dirampas BN pada 6 Februari 2009 apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR mengisytiharkan sebagai calon bebas menyokong BN. PR mendesak dibubarkan Dun dan mencabar BN mengadakan pilihan raya kecil negeri itu tetapi tidak diendahkan BN.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membawa kes tersebut ke mahkamah. Pada 9 Februari 2010, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dengan sebulat suara mengisytihar Dr Zambry Abdul Kader sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

DAP mencatat jumlah teramai mendaftar pemilih baru sejak Januari hingga Jun tahun ini di Perak dengan 5,627 orang. PAS pula seramai 2,110 dan PKR (1183).

Umno di tempat kedua selepas DAP di negeri itu, berjaya mendaftar seramai 2,782. Bagaimanapun MCA, MIC dan Gerakan tidak mencapai jumlah yang memberangsangkan masing-masing sekitar 654, 179 dan 70.

Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak kemungkinan menjadi negeri tidak selamat bagi BN. Sekiranya penilaian tersebut menjadi kenyataan, jalan ke Putrajaya menjadi cerah bagi PR.

Buat pertama kali rakyat Malaysia akan menikmati dunia politik baru yang sering menjadi impian kepada penuntut perubahan dengan negara adil, pendidikan terbuka luas, kebebasan bersuara dan keselamatan terjamin tanpa perlu takut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan paling penting suara rakyat didengari pemerintah.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, PR Johor mendaftar pengundi baru seramai 18,129 manakala BN (14,768). Umno mencatat pengundi baru teramai iaitu 13,125 diikuti DAP (10,693), PKR (5,362), PAS (2,074), MCA (1,201), MIC (424), Gerakan (14) dan PPP (4).

Dalam tempoh yang sama juga PR Negeri Sembilan mencatat 1,427 pengundi baru melebihi BN seramai 1,258 orang. Sekali lagi DAP menguasai pengundi baru seramai 1,281 diikuti Umno (1,233), PKR (96), PAS (50) dan MIC (25).

Begitu juga keadaannya di Melaka PR tetap didepan mendaftar pengundi baru iaitu 982 orang berbanding BN (624). DAP masih lagi mengekalkan prestasi dengan mengumpul seramai 626 pengundi, Umno (593), PAS (356) dan MCA (31).

Negeri pantai Timur, Sarawak juga tidak ketinggalan akan dikuasai PR apabila DAP mendaftar pengundi baru seramai 1,335 manakala PKR (972).

Persaingan sengit PR dan BN dijangka berlaku di Pahang apabila PAS berjaya mendaftar seramai 2,028 diikuti DAP (639) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini manakala daripada BN, Umno mencatat 2506 pengundi, MCA (88) dan MIC (28).

PAS pula diramal menawan Perlis berdasarkan gerak aktif petugas PAS Perlis sejak Januari hingga Jun tahun ini, berjaya mendaftar seramai 464 pengundi baru berbanding BN (64) iaitu 55 orang daripada Umno dan selebihnya MCA.

Sementara itu PR dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang serta terus menguasai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Selangor PR dapat mendaftar pengundi baru seramai 13,721 manakala BN (6,683) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. DAP daftar baru seramai 7,831, Umno (6,014), PAS (4,516), PKR (1,374), MCA (329), Gerakan (243) dan MIC (106).

Jurang ketara berlaku di Pulau Pinang antara PR dengan BN. Dalam tempoh yang sama DAP mendaftar pengundi baru seramai 20,274 orang. Dicampur dengan PKR dan PAS (22,195) berbanding BN (3,133).

Begitu juga di Kuala Lumpur, PR mendaftar seramai 7,316 orang manakala BN (543). Pendaftaran pengundi baru DAP teramai iaitu 5,319 diikuti PKR (1,984), Umno (375), MIC (160), PAS (13) dan MCA (8).

Sementara kenyataan terbaru Pengerusi jawatankuasa panel pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih SPR, Datuk Zainal Abidin Mat Said, berkata jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara kini meningkat kepada 11,381,193 orang dengan pewartaan daftar pemilih tambahan (DPT) suku kedua tahun ini yang mengandungi 191,970 pemilih, hari ini.

Menurut beliau, DPT bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun itu terdiri daripada 164,821 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

"Dalam masa yang sama SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 orang pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Zainal Abidin berkata bagi DPT suku pertama tahun ini, seramai 157,327 pemilih telah didaftarkan dengan 134,298 daripad adalah pemilih baru manakala 23,029 merupakan permohonan pertukaran pusat mengundi, menjadikan jumlah pemilih berdaftar pada ketika itu adalah 11,247,525 orang.

Beliau berkata pendaftaran pemilih pada tahun ini juga mencatatkan peningkatan mendadak daripada tahun lalu, yang mencatat purata 85,000 pemilih pada setiap suku.

Dengan itu, jumlah pemilih yang layak tapi masih belum berdaftar kini berjumlah 2,241,565 orang dan SPR akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar itu kepada sekurang-kurangnya 50 peratus, katanya.

Read More...

GPS NAVIGATOR SYSTEM

Global Positioning System (GPS) atau dalam bahasa Malaysianya Sistem Kedudukan Sejagat atau Sistem Penentududukan Sejagat merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi.

Ia merupakan satu-satunya sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di mana-mana di Bumi.

Bagi awam digunakan untuk pandu arah: GPS digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Sistem ini juga boleh digunakan dalam mesin penuai, trak lombong dan lain-lain.

Keterangan gambar: Teksi di Kyoto, dilengkapi dengan sistem GPS, merupakan contoh bagaimana teknologi GPS boleh digunakan dalam aktiviti rutin.

Penerima GPS tangan boleh digunakan oleh pendaki gunung dan pengembara. Penerima GPS murah seringkali diberkaskan dengan PDA, komputer kereta ataupun sistem pengesan kenderaan.

GPS NAVIGATOR SYSTEM
Dengan 4.3" TFT touch screen, high resolution 480 x 272 pixels.

Kami menawarkan dengan harga hanya RM450. Order Now Hubungi 013-3354513

1. CPU:SIRFAtlas 533MHZ
2. Operate system: WinCE 6.0
3. Built in High precision SiRF Star III GPS system: cold start<45sec, hot start< 1sec(outdoor), worm start<18sec
4. Built in GPS antenna and it also can connect external antenna
5. SDRAM: 128MB(NAND).
6. High speed USB2.0,480MBPS.
7. Built in one rechargeable lithium battery(1000-1300mAH).
8. Input DC 12V, charged by AC charger or car charger.
9. Voice Navigation.
10. Support WINCE and PDA system.
11. Audio player support:MP3, WAV, MID,DAT,ASX.
12. Video player support:MP4, AVI, ASF, WMV, SEF,
13. Photo browser support:JPG, PNG, GIF, BMP.
14. Supports both of LCD and CVBS display.
15. Support SD card Navigationsoftware up to 4GB.
16. Support
TXT format E-book.
17. Suppotr multi countries E-map, can be upgrade thro SD/MMC card.
18. Support multi language: English, German, Italian, Spanish, French, Nederlands, Denish, Greece,Norwegian, Portuguese, Swedish, Czechish, Russia, Hungarian, Poland, Turkish, Finnish, Romania, Malaysia.
19. FM TRANSMITER , AV IN,bluetooth ( optional )

[Accessories] [Packing]
User manual: 1pc
AC Adapter: 1pc N.W.0.2Kg
Car charger: 1pc G.W;0.75Kg
USB data line: 1pc
Product size: 1.5cm*8cm*12cm
Earphone line: 1pc
Color box size: 19*19*10cm
bracket: 1set 1CTN; 20pcs
color box: 1pc
sd card 2gb 1pc

Sejak mula beroperasi pada 1993, GPS telah menjadi kemudahan sejagat yang penting, amat diperlukan untuk pandu arah moden di darat, laut dan udara di serata dunia, selain menjadi alat penting dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga memberikan rujukan masa jitu, seperti yang diperlukan dalam telekomunikasi dan sesetengah kajian saintifik, termasuklah kajian mengenai gempa bumi.
50th Space Wing.png

Pada mulanya GPS direka untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi mengendali sistem pensasaran peluru berpandu semasa Perang Dingin, tetapi kini ia telah digunakan bagi kegunaan awam. Nama rasminya ialah NAVSTAR GPS dan ia dikawal selia dari Kem Tentera Udara Schriever di Colorado. Kos penyelenggaraan sistem ini ialah US$400 juta setahun.

GPS mula diaktifkan untuk umum pada 17 Julai 1995. Mulai Ogos 2000, Sistem Penambahan Luas-Kawasan (WAAS) meningkat ketepatan isyarat GPS sehingga 2 untuk penerima GPS yang sesuai. Dengan menggunakan teknik tertentu seperti Pembezaan GPS (DGPS), kejituan GPS boleh mencapai 1 cm untuk jarak dekat.

Kegunaan Lain

* Ketenteraan: GPS membolehkan peluru berpandu menepati sasaran, dan juga memperbaiki pemerintahan dan pengawalan tentera melalui kesedaran lokasi yang bertambah. Penerima GPS awam mempunyai had secepat mana maklumat mengenai kelajuan dan altitud sesuatu koordinat dikemaskini bagi mengelakkan pihak lain menggunakannya untuk tujuan penyasaran peluru berpandu.

* Pengukuran: Peninjau dan pengukur tanah menggunakan alat GPS yang lebih mahal dan tepat untuk mencari sempadan, struktur dan penanda tinjauan, dan untuk pembinaan jalan.

* GPS dalam kapal terbang: Kebanyakan sistem penerbangan membenarkan kegunaan alat GPS biasa dalam penerbangan, kecuali ketika mendarat dan berlepas, sama seperti alat elektronik lain. Larangan menggunakan GPS biasanya disebabkan oleh isu keselamatan, iaitu tidak mahu penumpang memetakan jalan penerbangan. Sebaliknya, sesetengah penerbangan pula menyepadukan GPS ke dalam sistem hiburan penerbangan.

* Rujukan masa jitu: Banyak sistem penyegerakan menggunakan GPS sebagai sumber masa yang tepat. Contohnya ketika menggunakan penderia semasa dalam eksperimen seismologi, GPS boleh digunakan untuk merekod masa tepat sesuatu aktiviti berlaku.

Jam atom pada satelit diset pada "masa GPS", iaitu bilangan saat sejak 00:00:00 UTC, 6 Januari 1980. Hari ini, masa GPS adalah cepat 14 saat berbanding UTC, disebabkan ia tidak mempunyai saat lompat. Jadi setiap penerima akan menambahkan pengimbang masa (yang turut dipancarkan secara berkala) untuk menunjukkan waktu UTC atau waktu tempatan dengan betul.

Read More...

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

(Gambar: LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah)

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

Read More...

Wednesday, September 22, 2010

Amerika menunggu bangkrap

Congressional Budget Office (CBO) Amerika Syarikat mengatakan bahawa hutang nasional AS sebenarnya jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang diberitahu.

Ketika ini hutang AS secara rasmi dikeluarkan mencapai $ 13.4 trilion USD. Begitu menurut analisis CBO atau Pejabat Anggaran Kongres yang dilapor pada hari Ahad lalu oleh New York Post.

"Kerajaan (Amerika) berbohong tentang jumlah hutang. Lihatlah dalam perakaunan Enron," kata Laurence Kotlikoff, ekonomi di Boston University dan co-penulis The Coming Generational Storm: What You Need to Know about America's Economic Future.

"Masalahnya kami melihat sebuah letupan di sektor pengeluaran," tambah Andrew Moylan, pengarah urusan kerajaan untuk Syarikat Wajib Pajak National (National taxpayers Union).

Pada tahun 1980, hutang Amerika yang diakumulasi oleh Kerajaan Persekutuan-adalah $ 909 bilion. Menurut CBO, ini mewakili sekitar 33 peratus daripada produk domestik kasar.

Tiga puluh tahun kemudian, berdasarkan jumlah tahun ini di kuartal kedua, CBO berkata hutang sudah mencapai $ 13.4 trilion, atau 92 peratus daripada KDNK.

CBO menganggarkan hutang seharusnya berada di kisaran $ 16.5 trilion dalam masa dua tahun, atau 100,6 peratus daripada KDNK. Tapi jumlah ini tidak lengkap.

Mereka tidak mengira kewajipan misalnya menghabiskan anggaran yang diperlukan untuk Jaminan Sosial dan Kesihatan, yang merupakan program pembayaran untuk Kerajaan.

Dalam kes Jaminan Sosial, awal tahun 2016, kerajaan AS akan membayar lebih banyak lagi dibandingkan dengan apa yang boleh mereka himpunkan dari cukai.

Menurut para pegawai, tanpa langkah-langkah dasar-seperti pemotongan bayaran gaji atau cukai yang lebih tinggi-sistem ini jelas berada di jalan kebangkrapan.

"Tanpa perubahan," tulis Michael Astrue, Komisaris Jaminan Sosial, "pada tahun 2037, Social Security Trust Fund akan kebobolan. Wang yang ada hanya cukup untuk membayar sekitar $ 0.76 untuk setiap keuntungan dolar."

Kotlikoff dan Moylan bersetuju hutang nasional AS jauh lebih daripada jumlah rasmi $ 13.4 trilion, tetapi mereka belum sepakat menentukan jumlah yang tepat. Kotlikoff berkata hutang sebenarnya adalah $ 200 trilion. Sedangkan Moylan mengatakan jumlahnya kemungkinan sekitar $ 60 trilion.

David Walker, Jeneral Pengawas Kewangan AS 1998-2008, meyakinkan rakyat Amerika bahawa perbelanjaan kerajaan dan hutang persekutuan adalah ancaman yang lebih besar daripada keganasan.

Kotlikoff, Moylan, dan Walker bersetuju bahawa masalah Amerika telah memburuk dalam beberapa tahun terakhir. (Sa / news.com.au)

Read More...

Tuesday, September 21, 2010

1 Malaysia Tidak Relevan Selagi Umno Sokong Perkasa Kata Guan Eng

Kuala Lumpur, 21 SEPT: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa usaha pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak mempromosi 1 Malaysia tidak relevan selagi Umno dan Barisan Nasional terus menyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Guan Eng, tindakan pimpinan tertinggi Umno yang menyatakan mahu bekerjasama dengan Perkasa dan NGO Melayu untuk memartabatkan hak Melayu dan Bumiputera, "mengukuhkan peranan Umno menyokong Perkasa."

" Kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno yang Dipilih UMNO, Tan Sri Adam Kadir menggesa UMNO untuk terus memberikan kerjasama dengan Perkasa dan semua NGO Melayu bagi memartabatkan hak Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"1Malaysia dan semangat kemuafakatan BN tidak relevan selagi Umno menyokong penuh Perkasa yang lebih menjurus ke arah perkauman," ulas beliau.

Semalam Penawar menyeru Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk meminta maaf selepas Setiausaha Agung Umno itu mengkritik Perkasa sebagai golongan rasis serta mendesak Umno untuk memecat Tengku Adnan jika beliau enggan meminta maaf.

Guan Eng pada hari ini mengecam Perkasa kerana menterjemah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai kumpulan yang membela hak Melayu dengan menyokong kenyataan bersifat perkauman yang tidak pernah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimana Perkasa mendakwa tidak rasis dan hanya berjuang untuk mendukung Perkara 153 daripada Perlembagaan Persekutuan apabila mereka menyokong kenyataan-kenyataan bersifat perkauman seperti Cina patut balik ke China dan wanita mereka menjual badan manakala orang India adalah pengemis dan anjing.

"Saya telah memeriksa dan menyemak semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada dinyatakan dalam Perkara 153 memberi hak istimewa mana pihak yang boleh menggambarkan wanita Cina menjual badan mereka dan patut balik ke China, orang India sebagai pengemis atau anjing,” ujar Guan Eng.

Pemimpin Umno termasuk Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed and Ketua Umno Khairy Jamaluddin bertegas parti itu tidak akan tunduk kepada tuntutan Perkasa.

Namun pemimpin lain seperti Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata Umno tidak perlu menjauhkan diri dari Perkasa kerana ia hanya pandangan peribadi serta tidak mencerminkan pendirian parti itu.

“Jelas semua parti komponen BN seperti MCA hanya “bersandiwara” menentang Perkasa tetapi apabila di dalam mesyuarat, mereka berdiam diri dan pro-Perkasa. Parti komponen BN harus menjelaskan mengapa mereka berdiam diri di dalam mesyuarat dan tidak berani menentang Perkasa, sebaliknya hanya bercakap besar di luar,” tambahnya lagi.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP