Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 31, 2011

Pemimpin Melayu Umno = tali barut penjajah

Semalam meraikan raya Aidilfitri, hari ini sambut merdeka tetapi pemikiran kita masih belum merdeka. Lebih kurang sama zaman jahiliah. Tidak bertamadun.

Sepatutnya kalau sudah merdeka kita sudha jadi rakyat bertamadun. Bila jadi rakyat bertamadun kita akan menjalani kehidupan yang betul dan baik diterima umum.

(Umno tali barut Yahudi kerana bersekongkol dengan Apco. Dulu dengan penjajah British)

Sebaliknya kita menjadi pihak yang banyak membuat fitnah. Malah mereka fitnah semata-mata mahu selamat pangkat harta dan kedudukan.

Kalau zaman jahiliah suka berperang dan membunuh sehingga tawanan perang menjadi hamba yang boleh dijual dikedai jual hamba, zaman sekarang pun masih lebih kurang dengan zaman itu.

Membunuh untuk mengekalkan kuasa. Kes Antatuya yang dikaitkan dengan pembunuhan melibatkan ketua kerajaan negara Malaysia sangat memilukan rakyatnya.

Bagaimanapun orang umpama ini masih mampu berjenaka. Malah menutup ruang yang mereka tidak terlibat sedangkan bisnes pembelaian kapal selama melibatkan kerajaan.

Altantuya pula dikaitkan dengan orang tengah dalam perniagaan tersebut. Jadi siasatan perlu ada kuasa kebebasan sebaliknya kuasa siasat dikawal oleh mereka yang bergelar pemimpin.

Kemudian memfitnah untuk mengekalkan kuasa. Menjalan fitnah video seks keatas Anwar Ibrahim. Mengaibkan beliau sehingga kawan itu dirasakan tidak ada anak bini.

Mana mahu taruk muka anak bini Anwar bila fitnah dijalankan sebegitu rupa. Nasib baik Anwar ini orang yang cekal dan tabah masih sanggup berdepan dengan fitnah macammana kalau orang yang lemah semanagt.

Dalam isu merdeka ini pula dok fitnah pula ke Mat Sabu. Kononnya mereka inilah perjuang mderdeka tetapi mereka sebenar sedar yang mereak bukan daripada parti perjuangan merdeka tetapi parti mengampu penjajah. Boleh dikatakan talibarut penjajah.

Mereka jaja Mta Sabu dok sokong komunis. Komunis dengan perjuangan Islam itu berbeza.

Apa yang Mohamad Sabu nak cerita ialah filem Bukit Kepong itu tidak sesuai atau memang tidak kena dengan sambutan kemerdekaan.

Asasnya kita berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British bukan komunis. Itu satu.

Satu lagi filem itu dibuat Jins Shmasudin orang Umno jadi dia buat ikut pemikiran Umno yang tidak pernah pun berjuang menuntut kemerdekaan sebaliknya jadi pak turut penjajah je.

Kalau kita tengok filem Sarjan Hasan P Ramlee pula. Ada rakyat kita jadi tali barut penjajah dan ada rakyat kita jadi tali barut Jepun.

Tetapi dalam masa itu perjuang akan mengambil sikap memerhati sebab dok tengok gajah sama gajah bertempur. Jangan jadi pelanduk mati dah la.

Jadi nak elak jadi pelanduk mati ditengah lebih baik pejuang tunggu dan tengok kerana kedua-duanya musuh negara kita.

Ada yang cerita masa itu pejuang komunis menyebelahi inggeris masa bertempur dengan Jepun. Seleaps jepun kalah mereka tuntut kemerdekaan. Tetapi ditubuh pengganas. Lalu inggeris bersama melayu tali barut berperang dengan komunis.

Dalam masa sama perjuang Islam meningkatkan kekuatan mereka untuk menuntut kemerdekaan. Jadi dalam masa itu Inggeris dan melayu umno tali barut menghadapi tekanan komunis dan perjuang Islam.

Jadi tidak hairan dalam masa itu ada perjuang Islam akan mengambil langkah bersama dengan komunis untuk menghalau Inggeris. Sama juga komunis bersama dengan British lawan Jepun. Itu perkara biasa la beb.

Jadi apa yang Mat sabu nak sampaikan itu begitulah kira-kiranya. Jadi orang yang serang Bukit Kepong itu adalah perjuang tidak semstinya mereka itu komunis.

Kerana mereka menentang penjajah masa itu. Tahun 1950 belum merdeka beb.

Nak ceritanya apa yang jelas dan tersirat dengan nyata ialah Umno memang jelas lagi bersuluh dia hasil daripada tali barut penjejah.

Read More...

Tuesday, August 30, 2011

seru baik cegah mungkar hanya pas umno tak cegah mungkar

Khutbah raya di parit sempadan batu pahat hari ini mengingatkan umatnya ikut alquran sepenuhnya. Jadi nak parti mana yang seru ikut quran secara syumul bukan separuhseparuh.

Berkata katib itu lagi supaya umat islam melakukan kerja amal makruf nahi mungkar. Lagi nak tanya parti mana yang buat kerja seru baik cegah mungkar bukankah parti pas

Umno adalah cegah tapi cegah nak cari duit nak untung bukan taqwa

Read More...

Monday, August 29, 2011

Utusan Malaysia = penjajah Inggeris

Sunnah Nabi saw adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani rh yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu cerita tentang filem Bukit Kepong tidak sesuai untuk dikatakan cerita menuntut kemerdekaan menentang penjajah. Ini kerana peristiwa Bukit Kepong berlaku 1950 bukan menentang penjajah Inggeris tetapi dok bekerjasama dengan British.

Jadi maknanya Umno memang tak layak sambut merdeka sebab dia tidak berjuang pun untuk merdeka tetapi lebih kepada tali barut Inggeris sekat perjuang kemerdekaan yang mahu tuntut kemerdekaan.

Bagaimana pun merdeka 1957 memang Umno boleh sambut pasal dia dipergunakan Inggeris untuk sekat PKKM dan diberi merdeka oleh British.

Sebab itu bila Mat Sabu kata Umno bukan pejuang tetapi `auuu' memang betul sebaliknya diputar belit oleh utusan malaysia. Memanglah utusan ini sama macam penajajah.

Read More...

Thursday, August 25, 2011

Umno perlu menghayati kemerdekaan

PEMIMPIN Umno perlu menghayati kembali kenapa merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali?

“Kenapa tidak tiga kali atau 10 kali? Kenapa tujuh? Sebab tujuh kerana angka suci bagi orang Islam. Bumi dikaitkan tujuh lapis begitu juga langit.

“Ia seolah angka keramat yang sinonim dengan Islam maka kalangan pemimpin masa itu setuju melaungkan merdeka sebanyak tujuh kali,” kata Raja Mohd Yusof Raja Othman (gambar) ketika ditemui di rumahnya di Semenyih.

Menurut beliau, angka tersebut juga seumpama resam atau budaya orang Islam, maka daripada situ pemimpin negara perlu ada penghayatan terhadap Islam mengingati pembalasan syurga dan neraka yang juga dikaitkan dengan tujuh angka.

Beliau menyifatkan kemerdekaan yang diberikan penjajah bukan secara total kerana banyak perkara yang merugikan bangsa Melayu malah kemerdekaan itu diberi dengan bersyarat.

“Sepatutnya bila sebut merdeka tidak ada syarat,” ujarnya mendakwa cicit kepada Engku Raja Husain Raja Laut yang membuka Semenyih pada 1865 dan beberapa tahun kemudian membuka Beranang.

Rintihan Pak Raja (pakraja.blogspot.com) menceritakan Raja Husain mendapat gelaran Diraja sebagai `Tengku Kecil Muda Semenyih’ yang diberikan oleh Yamtuan Antah tetapi tidak dapat di sahkan kerana tidak ada bukti secara bertulis namun dilihat dari segi adat diraja adalah munasabah dan logik.

Ini adalah kerana beliau dari keturunan Raja, tentulah tidak sesuai dari segi adat diberi kedudukan Penghulu sebagai Pemerintah. Alasan ini dapat dibuktikan bahawa Raja Husain mempunyai kuasa memungut cukai dan diberi alat kelengkapan pertahanan sebagai Pemerintah dengan berasaskan kepada fakta iaitu beliau mempunyai tiga jenis cop mohor, lima pucuk meriam katak, selaras senapang pemburas peribadi, sebilah pedang kuasa dan puluhan bilah tombak serta perisai.

Raja Yusof mendakwa beliau adalah pewaris daripada Raja Husain itu.

Sementara Serambi Dakwah (serambidakwah.blogspot.com) mendakwa Umno bukan pertubuhan yang membangkitkan kesedaran kemerdekaan orang Melayu untuk menentang penjajah kerana penubuhan direstui penjajah untuk mengimbangi gerakan kesedaran atau reformasi.


Sejarah bermula tuntut kemerdekaan

Menurut blog itu semangat perjuangan berteraskan Islam untuk menentang penjajah secara tidak langsung membebaskan tanah air telah wujud sejak 1906 lagi.

Mereka yang awal mencetuskan kesedaran dan membangkitkan semangat orang Melayu terdiri daripada Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha.

Mereka ini merupakan golongan pembaharuan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Gerakan mereka ini berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Golongan pembaharuan ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, malah turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam.

Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan revolusi intelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937.

Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya perang dunia kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak.

Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (Api), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan Barisan Tani Se-Malaya (Batas), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (Mata) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

Mata merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui Mata dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan Umno.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Abu Bakar sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan.

Menurut blog tersebut semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan Pas pada tahun 1951.

Daulah Islamiah (abuyusuff.blogspot.com) mempersoalkan benarkah negara sudah merdeka?

“Kita Merdeka tetapi terikat dengan perlembagaan yang disusun oleh Suruhanjaya Reid.. Apa guna kemerdekaan macam ini...ah rasa sakit hati...... mana Perlembagaan Islam yang manhajnya Quran dan Sunnah yang tertinggi?

“Selagi itu juga Malaysia tidak aman, tidak maju, berlaku keruntuhan moral dikalangan muda-mudi serta agama Islam akan diperlekehkan,” katanya.


Sumbangan kepada mangsa kebuluran

Bermula Ramadan umat Islam seluruh dunia melahirkan penyatuan mereka untuk menjiwai kelaparan sebagaimana yang dideritai oleh umat manusia di negara miskin.

Pemimpin negara yang melimpah ruah dengan makanan patut menjadikan Ramadan sebagai keinsafan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda kebuluran.

Dianggarkan 12 juta orang yang berdepan dengan masalah tersebut ekoran kemarau paling buruk di Somalia dalam tempoh 60 tahun.

Penyelaras kemanusiaan PBB untuk Somalia, Mark Bowden yang mengisytiharkan di selatan Bakool dan Hulu Shabelle dilanda kebuluran berkata, pihaknya menganggarkan 3.7 juta penduduk, atau hampir separuh populasi negara yang musnah akibat peperangan itu berdepan dengan krisis makanan.

“Sebahagian daripada Kenya, Uganda, Habsyah dan Djibouti juga berdepan dengan masalah itu,” kata Bowden.

Portal kerajaan Negeri Sembilan N9kini.com (N9kini.com) turut melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan majlis kutipan sumbagna bagi mangsa kebuluran Somalia di Yayasan Perdana Global Peace di Putrajaya.


Ramadan petunjuk betul dan salah

Sementara itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (presiden.pas.org.my) berkata bulan Ramadan diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan membezakan antara perkara yang betul dan salah.
Oleh kerana itu, kata beliau maka, Allah swt memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan.

Peperangan yang memaksakan Nabi saw dan para sahabatnya dalam jumlah kecil dan kurang kelengkapan, berdepan dengan musuh Islam, yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.

“Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi saw, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah swt.

Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksa berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi saw.

Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi saw. Allah ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain.

Read More...

Tuesday, August 23, 2011

Tinjau perkembangan politik Terengganu

Adnan Ibrahim (kiri) bersama Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak yang juga pesuruhjaya III Pas Terengganu (dua dari kiri). Kanan wartawan Harakah, Khairul.

Read More...

Monday, August 22, 2011

Satu Cinta



Read More...

Friday, August 19, 2011

Kerajaan punca murtad

KERAJAAN tidak serius dalam kefahaman Islam kepada rakyat sebab itu umat Islam boleh murtad. Ibarat buat masjid tetapi tak suruh umat Islam sembahyang. Orang yang buat masjid pun tidak sembahyang jadi matlamat membentuk masyarakat berakhlak tidak tercapai.

Kerajaan ada kuasa boleh menggunakan kuasa untuk memastikan rakyat terutama Islam mendapat pendidikan Islam yang sempurna dan syumul. Kerajaan ada kuasa memastikan umat Islam mendapat kefahaman Islam yang jelas.

Selepas memastikan umat Islam mendapat pendidikan dan amalan Islam yang sempurna maka kerajaan kena menggunakan kuasa melaksanakan undang-undang jenayah Islam termasuk undang-undang murtad.

Inilah cara yang berkesan untuk menangani murtad bukan menyalahi agama lain yang mengheret umat Islam masuk agama mereka.

Kita dalam Islam ada peraturan dan undang-undang untuk umat Islam yang lompat agama. Itu kelebihan dalam Islam.

Kalau kerajaan mahu buat undang-undang bagi mencegah orang lompat parti apa lagi dalam soal Islam kerana ia adalah prinsip tetapi dalam agama lain dia tidak ada undang-undang yang melarang penganut mereka keluar daripada agama mereka. Maknanya tiada halangan.

Sebaliknya dalam Islam tidak boleh apabila orang Islam atau mereka yang masuk Islam tiba-tiba mahu keluar Islam ia tidak boleh sama sekali. Ada undang-undang yang menyekat orang Islam.

Kenapa dalam Islam ada peraturan tersebut? Jawabnya kerana Islam itu sempurna. Addeen yang diredhai Allah SWT.

Read More...

Wednesday, August 17, 2011

Umno perlu menghayati kemerdekaan

PEMIMPIN Umno perlu menghayati kembali kenapa merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali?

“Kenapa tidak tiga kali atau 10 kali? Kenapa tujuh? Sebab tujuh kerana angka suci bagi orang Islam. Bumi dikaitkan tujuh lapis begitu juga langit.

“Ia seolah angka keramat yang sinonim dengan Islam maka kalangan pemimpin masa itu setuju melaungkan merdeka sebanyak tujuh kali,” kata Raja Mohd Yusof Raja Othman.

Menurut beliau, angka tersebut juga seumpama resam atau budaya orang Islam, maka daripada situ pemimpin negara perlu ada penghayatan terhadap Islam mengingati pembalasan syurga dan neraka yang juga dikaitkan dengan tujuh angka.

Beliau menyifatkan kemerdekaan yang diberikan penjajah bukan secara total kerana banyak perkara yang merugikan bangsa Melayu malah kemerdekaan itu diberi dengan bersyarat.

“Sepatutnya bila sebut merdeka tidak ada syarat,” ujarnya yang mendakwa cicit kepada Engku Raja Husain Raja Laut yang membuka Semenyih pada 1865 dan beberapa tahun kemudian membuka Beranang.

Raja Husain mendapat gelaran Diraja sebagai `Tengku Kecil Muda Semenyih’ yang diberikan oleh Yamtuan Antah tetapi tidak dapat di sahkan kerana tidak ada bukti secara bertulis namun dilihat dari segi adat diraja adalah munasabah dan logik.

Ini adalah kerana beliau dari keturunan Raja, tentulah tidak sesuai dari segi adat diberi kedudukan Penghulu sebagai Pemerintah. Alasan ini dapat dibuktikan bahawa Raja Husain mempunyai kuasa memungut cukai dan diberi alat kelengkapan pertahanan sebagai Pemerintah dengan berasaskan kepada fakta iaitu beliau mempunyai tiga jenis cop mohor, lima pucuk meriam katak, selaras senapang pemburas peribadi, sebilah pedang kuasa dan puluhan bilah tombak serta perisai.

Raja Yusof mendakwa beliau adalah pewaris daripada Raja Husain itu.

Sementara penceramah bebas, Yazid Jaafar mendakwa Umno bukan pertubuhan yang membangkitkan kesedaran kemerdekaan orang Melayu untuk menentang penjajah kerana penubuhan direstui penjajah untuk mengimbangi gerakan kesedaran atau reformasi.

Menurut beliau semangat perjuangan berteraskan Islam untuk menentang penjajah secara tidak langsung membebaskan tanah air telah wujud sejak 1906 lagi.

Mereka yang awal mencetuskan kesedaran dan membangkitkan semangat orang Melayu terdiri daripada Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha.

Mereka ini merupakan golongan pembaharuan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Gerakan mereka ini berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Golongan pembaharuan ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, malah turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam.

Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan revolusi intelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937.

Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya perang dunia kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak.

Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (Api), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan Barisan Tani Se-Malaya (Batas), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (Mata) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

Mata merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui Mata dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan Umno.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Abu Bakar sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan.

Menurut Yazid semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan Pas pada tahun 1951.

Read More...

Tuesday, August 16, 2011

Jawatankuasa Masjid Syakirin tidak menghormati ilmu

BANYAK amalan yang boleh diambil daripada peperangan Badar yang berlaku pada pertengahan Ramadhan.

Bagaimanapun banyak orang Melayu tidak faham-faham sirah tersebut untuk diimplementasikan dalam kehidupankan kita. Malah lebih buruk ada tanggapan kisah perang Badar itu macam cerita hikayat.

Kenapa keadaan ini berlaku? Orang Umno dengar juga sirah perang Badar macam orang Pas dengar tetapi kenapa orang Umno tetap Umno?

Sebab orang Umno tidak dapat hidayah. Betul jawapan tu tetapi itu jawapan biasa untuk menutup kelemahan dan ketakutan penyampai sirah perang Badar.

Ramai ustaz gagal menyampaikan sirah perang Badar yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan sekarang.

Rama ustaz yang mengajar sirah perang Badar di bulan Ramadhan tetapi penyampaiannya macam cerita hikayat. Tidak mampu mengaitkan kisah perang Badar dan pengajaran disebaliknya bersesuaian dengan kehidupan sekarang.

Kenapa berlaku begitu? Mungkin ada juga ustaz yang tidak pandai untuk menyampaikan disebaliknya kejadian perang Badar tetapi ramai sebenarnya yang takut.

Saya mengikuti pengajian Subuh semalam di Masjid Syakirin. Saya sebenarnya mahu ikuti kuliah ustaz Mohd Zin tetapi diberitahu Haji Rahman bahawa Ustaz Mohd Zin sudah tidak mengajar di masjid ini kerana telah dipecat.

Kesalahannya pasal menegur baca Yassin pada malam nisfu syaaban. Kata Mohd Zin sebagaimana disebut rakan saya itu; “Dah empat tahun mengajar… tak faham-faham.”

Jadi kerana teguran itu dia dipecat daripada salah seorang pengajar di Masjid Syakirin. Hebat! Cukup hebat jawatankuasa masjid lebih hebat daripada ustaz.

Patutnya masjid ini hak ulama-ulama dan ustaz-ustaz kerana ilmu dia lebih dekat dengan Allah jadi dekat dengan rumah Allah atau tetamu di rumah Allah itu untuk beliau menyampaikan ilmu tetapi jawatankuasa masjid lebih hebat boleh pecat tetamu Allah yang lebih hebat daripada dia.

Jawatankuasa masjid ini tidak sedar siapa yang lebih layak duduk dalam rumah Allah. Apakah Allah SWT akan jemput masuk di rumah Allah daripada mereka atau para ustaz yang mahu menyampaikan ilmu kebenaran.

Jawatankuasa masjid ini dia rasa dia lebih hebat ilmu Islam daripada para ustaz yang mengajar kerana dia rasa dia cukup pandai maka dia boleh pecat sewenang-wenanngnya.

Aku nak tegur jawatankuasa masjid syakirin ni. Hang ambil ilmu Islam itu daripada turun temurun, daripada ikutan turun-temurun. Bukan daripada ilmu yang betul tetapi daripada ilmu ikutan.

Jadilah amalan hang tu ikut-ikutan bukan amalan berdasarkan ilmu Islam.
Sebenarnya nak cerita lagi pasal perang Badar tetapi rasa juga nak marah bila perangai orang masjid tidak habis-habis dengan sikap tidak menghormati ilmu.

Dia rasa dia lebih pandai daripada ustaz. Sepatutnya ustaz tu dah belajar jauh-jauh cari ilmu untuk disampaikan kepada orang Islam yang tidak berkemampuan cari ilmu tetapi dia pandai-pandai sekat hanya kerana tegur perkara yang dia amal sedangkan amalan tu benda yang tidak berlaku dalam sirah Islam.

Inilah susahnya jadi orang ikut-ikutan. Tidak belajar dan mengkaji. Sebab itu Umno boleh sembelih kerana ada orang macam ni.

Read More...

Monday, August 15, 2011

Jais pun bukan boleh percaya geng Umno

Walaupun negeri Selangor di perintah Pakatan Rakyat tetapi kepala-kepala dalaman Jais masih Umno. Jadi tidak keterlaluan kalau dikatakan Jais masih menjadi budak suruhan Umno untuk parti itu merampas kembali Selangor.

Jais sebenarnya berselindung disebalik nama Islam tetapi gerak kerja bercanggah dengan Islam contohnya Jais meroboh rumah ibadah orang Islam.

Malah Jais merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain-lain.

Tetapi kenapa tiba-tiba mereka mahu simpati orang Islam dalam isu Jais serbu rumah ibadah Kristian. Kita tahu dan faham memang ada berlaku isu murtad tetapi kita tidak mahu seperti Umno menangani isu ini.

Umno tangani isu ini bukan untuk kepentingan politik mereka tetapi isu itu dan Islam menjadi barang mainan politik mereka. Umno mempergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka.

Jais bukan sahaja roboh rumah ibadah orang Islam bahkan dia tidak mahu ilmu Islam tersebar. Jais menangkap penceramah yang hanya atas kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang Jais boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

Jadi sebenarnya semua dimusuhi Jais termasuk surau dan masjid. Apa yang jelasnya yang tidak musuh bagi Jais ialah Umno. Jais dan Umno sahabat dulu kini dan selamanya.

Kecuali tukar hok atas tu.

Boleh baca ini

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

Read More...

Sunday, August 14, 2011

jangan percaya umno nak selamat umat dari murtad

Jangan percaya umno nak perjuang islam mereka hanya perguna islam untuk kepentingan politik mereka

Bila mereka rasa isu nurtad boleh untungkan mereka maka mereka akan main isu iyu seolah dialah pejuang islam nak selamatkan akidah umat islam tetapi bila kita minta dilaksanakan undangundang murttad mereka tidak mahu buat

Read More...

Friday, August 12, 2011

Umno cukup canggih dalam menipu daftar pemilih

SHARINA Binti Mat Ariff bukan sahaja mempunyai dua nama mengundi bahkan nombor Mykad atau ICnya turut diguna oleh orang lelaki dalam daftar pemilih.

Kod lokaliti no siri IC jantina
0010505001 1085 800729095094 L

Sebagaimana yang dilaporkan bertajuk Umno terlibat manipulasi pilihan raya? oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.



Dan ini pula IC beliau diguna pengundi lelaki:









Table: First 100 cases (out of 12,580 cases) of voters whose IC numbers do not match gender information in SPR database (2008 Feb 5)

KodlokalitiNoSiriICJantina
KodlokalitiNoSiriICJantina
00101010031083750516085061P
00208030051275780127075473P
00101020011586790919025262L
00208030011242750604095040L
00101020021639810104095142L
0020805001487491218095081P
001010501291380115025273P
00208060031346801108095030L
00101050071348770502095195P
00208060031152760814095072L
0010201006520511009095101P
00208060051396810729106016L
00102010101254770304095063P
00208060031232780610095079P
001020100322150906745257P
00208060031277790504025156L
001020100123151208055018L
00208060031270790316095042L
0010203006880750621025271P
002080600326300613025126L
00102040041120691230105149P
0020901002573661010095110L
00102050071288800728025215P
00209020021901108740069P
00102050121221780810095196L
00209030131884801218095007P
00103020041405801109095024L
00209030071153660514025130L
00103020021448820225095084L
0020903002269460828025487P
0010303001380760716095108L
00209030111923820226025862L
00103040061380821004095042L
00209040082254810418025534L
00103060011312780619095147P
00209040071204630528095105P
00103060011187760317095012L
00209040081994760730145490L
00104010081331700913075139P
002090500124240223095044L
00104010091932860704095010L
0021001001865860808405001P
00104020091227770609105592L
00210030041363830626095068L
0010402004675600525135899P
00210040091149801130025653P
00104030021064760610075563P
00210040021121791017025858L
00104030021043751218095063P
00210050051459811225095012L
0010501006993830120095044L
002100600298360405086025P
00105010031022840722095016L
00311010061938800503095042L
00105020051576810406095076L
00311030032043791225025684L
0010504001880780409095157P
00311030012115811102095258L
00105050011085800729095094L
0031104003560810512035789P
0010505001504570626135244L
0031105007720801219095148L
00105060051227791115095016L
0031105003673771004095058L
00206010031532831228095016L
0031106002119390811095047P
0020604006351500305025737P
00312030011381820308095505P
002060400644281211095120L
0031205002954810709095120L
0020604004989700112016128L
00312060041281691130095040L
0020604007997700220095049P
00312060021851810826095072L
00206060061645800309145140L
00312060041898820510095078L
002070100212191231086062L
00312060021663770721095056L
00207020051336801126095086L
0031303005957771113609511P
00207020071040720211095114L
0031304001885800128095067P
0020704006460640206025066L
0031305004939670227026022L
0020705004960690122095002L
0031306001682850615095044L
0020705003539571209075660L
00314020021101800612095094L
00207050031322790220095064L
00314030021965800729095012L
00207050101379800528025144L
003140300713181231675343P
0020707007563730104095054L
0031404003490551030025291P
0020801002627800220095036L
0031501003769751129095037P
0020801002250550912085614L
00315020021268801019095012L
0020802006408560504015501P
00315020011287810917095107P





Read More...

Wali Band ~ Ya Allah FULL SONG WITH LYRICS 2



Read More...

Thursday, August 11, 2011

Ramai yang mahu menghukum tidak ramai yang mahu membimbing

Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.

Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.

Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.

Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)

Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.

Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’

Ya, saya kagum dengan usaha itu.

Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!

Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.

Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.

Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.

Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.

Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.

Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ

Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV

Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu

Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad

Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat

Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga

Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan

Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut

Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya

Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.

Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.

Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.

Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini

Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!

Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Read More...

Saturday, August 6, 2011

Jais boleh siasat mereka menunaikan ibadah berbuka di gereja

Khalid Samad pesuruhjaya 3 selangor melatah tak tentu pasal ni kenapa? sentuh hal Kristian laju je dia jawab. Geng pembela dia pulak tak puas lagi dengan isu kerajaan perpaudan dijadikan ungkitan bila timbuyl isu gereja.

Apa malang dapat setengah pemimpin Pas sampai nak gadai Islam. Ini bukan nak bela Jais tapi pemimpin Pas di selangor jangan cepat melatah.

Sebab itu dalam Islam setengah ulama tidak membenarkan orang Islam masuk tempat ibadah bukan Islam. Masuk ke tempat tersebut dibolehkan untuk sebab-sebab tertentu.

Bukan untuk dipanggang oleh bukan Islam dan akhirnya masuk agama itu. Kita pun hairan kenapa mereka bagi makan orang Islam berbuka?

Untuk saliturrahim. Saliturrahim buat orang yang dijemput makan orang lemah. Dan kita kena faham agenda Kristian terdapat didalamnya kebajikan. Berapa ramai orang muda Melayu Singapura masuk Kristian kerana diberi motor besar dan makan sedap.

Ini semua gerakan kebajikan untuk dakyah orang Islam masuk Kristian.

Satu lagi orang Islam kena faham. Berbuka itu ibadah. Mana boleh ibadah dilakukan dalam gereja atau rumah ibadah bukan Islam.

Umar pergi ke gereja tidak sembahyang di gereja.

Lepas berbuka 12 orang Islam yang berbuka di gereja itu mahu bersolat maghrib di mana? Ke pakai tak sembahyang maghrib.

Saya tidak setuju Khalid kata berbuka boleh di gereja kerana berbuka itu ibadah.

Orang bukan Islam dia kena faham. Ini sensitif. Kalau nak buat baik beri sumbangan di tempat lain kenapa di gereja?

Mahu tunjuk gereka baik? Mahu tunjuk gereja berkebajikan? INi semua agenda dan berselindung disebalik hak asasi manusia.

Malah mereka bertambah beruntung bila mampu berselindung disebalik pemimpin Pas dua tidak orang yang terlalu liberal.

Read More...

Thursday, August 4, 2011

See Sharp Minor - Berkat Ramadhan



Read More...

Lagu carta tertinggi bulan ini

Seorang pendengar Radio Sempoi FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar: Hello radio sempoi fm ke tu?

Penyiar: Iye ye..betul..dengan siapa saya bercakap ni?

Pendengar: Saya Jep dari Kampung Laut, boleh request tak?

Penyiar: Ya..Boleh...Boleh.. Encik Jep mahu request apa-apa?

Pendengar: Boleh ke tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar sangat nih...

Read More...

Kerani tentera kena buka karung undi pos

AMPANG: "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Nasir merupakan seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Beliau yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum.

Bekas sarjan mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemalsuan undi pos yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang, jelas terbukti daripada pengakuan bekas tentera tersebut.

Read More...

Najib jatuh Pakatan takda peluang Putrajaya

PAS dedahkan ada gerakan jatuhkan Najib daripada PM. Tun Mahathir pun sekarang lebih senyap dalam memperkatakan tentang Najib.

Nampak sangat Mahathir resah dengan isu yang melanda Najib. Mahathir mahu Najib kendali Malaysia ikut style dia. Tangani Bersih ikut gaya dia. Akhirnya Najib terperangkap.

Mahathir terdiam bila serangan kepada Najib pelbagai penjuru. Umno bertambah cemas. Malah kompenan dalam BN ikut bimbang, merasakan peluang bertepek jadi kerajaan sudah gelap.

Apakah selepas ini MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain akan cari pelindungan baru. Mungkin MCA dan MIC akan dibiarkan setia bersama BN tetapi bagi Gerakan dan parti lain ia boleh berkubur kalau tidak bersama pemerintah.

Parti kecil dalam BN cukup tekun study ikuti perkembangan politik Umno. Mereka rasa Najib sudah liabiliti kepada BN. Ia bukan sahaja cara Najib tangani Bersih 2.0 malah gara-gara Najib terlalu tunduk dengan Datin Seri Rosmah.

Rosmah sudah macam Imelda Marcos di Filipina. Dia boleh shopping jutaan ringgit dalam masa rakyat menderita kenaikan harga barang. Harga barang naik 200 peratus, Rosmah belanja RM24 juta. Langsung tidak fikir rakyat.

Ada la dia fikir sekolah budak kecil tapi banyak yang sapu kat dia. Tambah peruntukan untuk dia lagi sapu.

Buat undang-undang kurangkan cukai untuk import lebih banyak barangan dalaman brand luar negeri. Suami dia boleh ikut lulus pulak tu.

Bagaimana pun Rosmah bini Najib ini, untungkan Pakatan. Makin lama najib duduk situ makin untungkan Pakatan.

Jadi jangan ada yang desak Najib letak jawatan. Biarlah dia di situ secara aman sehingga PRU ke 13.

Berita berkaitan:

Gerakan jatuhkan Najib dalam Umno: PAS

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

Read More...

Wednesday, August 3, 2011

Dawama sengaja biar pekerja berpiket beri tekanan pada DBP

SUKA benar pengurusan Dawama apabila pekerjanya berpiket. Lagi masuk akhbar lagi Dawama suka.

Dawama tidak kisah namanya terkait tetapi yang penting bagi Dawama adalah tekanan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagi Dawama, DBP dah macam keras kepala tak nak langsung tolong dia. Bila berunding asyik mahu salahkan Dawama.

Bagilah peluang kami orang kuat Dawama nak kaya sikit. Syarikat swasta yang konsesi dengan kerajaan semua kaya. Kami ambil secepuk je, takkan langsung tak mahu runding.

Kami tahu kami dapat hampir satu bilion tiap tahun hasil buku teks sekolah tapi kami tak cukup puas mahu lebih lagi.

Tolong la DBP rekmenkan loan... Nak berbuka nanti kita sambung ngomel. Ini cerita menarik ni...

Read More...

Sumbangan kepada mangsa kebuluran

BERMULA Ramadan umat Islam seluruh dunia melahirkan penyatuan mereka untuk menjiwai kelaparan sebagaimana yang dideritai oleh umat manusia di negara miskin.

Pemimpin negara yang melimpah ruah dengan makanan patut menjadikan Ramadan sebagai keinsafan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda kebuluran.

Dianggarkan 12 juta orang yang berdepan dengan masalah tersebut ekoran kemarau paling buruk di Somalia dalam tempoh 60 tahun.

Penyelaras kemanusiaan PBB untuk Somalia, Mark Bowden yang mengisytiharkan di selatan Bakool dan Hulu Shabelle dilanda kebuluran berkata, pihaknya menganggarkan 3.7 juta penduduk, atau hampir separuh populasi negara yang musnah akibat peperangan itu berdepan dengan krisis makanan.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, kebuluran akan merebak ke wilayah selatan Somalia dalam masa dua bulan akibat hasil tuaian tanaman yang buruk dan merebaknya penyakit berjangkit,” katanya.

Somalia yang berdepan dengan konflik sejak 20 tahun lalu adalah negara paling teruk terjejas.

“Sebahagian daripada Kenya, Uganda, Habsyah dan Djibouti juga berdepan dengan masalah itu,” kata Bowden.

Sementara itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (presiden.pas.org.my) berkata bagi pihak Pas mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

“Bulan kita dijemput menjadi tetamu dan menyahut seruan Allah swt. Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah swt yang wajib kita terimanya,” ujarnya.

Ramadan petunjuk betul dan salah

Menurut beliau bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan salah.

Oleh kerana itu, kata beliau maka, Allah ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan.

Peperangan yang memaksakan Nabi saw dan para sahabatnya dalam jumlah kecil dan kurang kelengkapan, berdepan dengan musuh Islam, yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.

“Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi saw, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah swt.

Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksa berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi saw.

Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi saw. Allah ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain.

Tidak ketinggalan dalam membicarakan tentang puasa iaitu blog Sebuah Kehidupan (zharifalimin.blogspot.com) turut merungkaikan cara berpuasa Rasulullah.

Selain menyeru melewatkan sahur kerana sabda Rasulullah saw: “Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur.” (Hadis riwayat Muslim)

Dan menyegerakan berbuka yang terdapat hikmah antaranya agama itu akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Tidur qailulah

Beliau juga menyentuh tentang tidur qailulah iaitu tidur sekejap sebelum zohor. Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Katanya ia bukan tidur sepanjang hari yang menyalahi sunnah. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

Menurut beliau faktor orang berpuasa tidak dapat pahala tetapi hanya dapat lapar dan dahaga kerana tidak menjaga lidah antaranya mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong dan menyanyi lagu yang lagha.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah swt tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

Doa orang puasa

Beliau juga berkata tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Mesti Milik – Inspirasi Kehidupan (mestimilik.blogspot.com) turut menganjurkan umat Islam beriktikaf di masjid sempena bulan amal ini.

Iktikaf, yakni diam di masjid untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan secara total beribadah di dalamnya. Ia tidak sah, kecuali dilakukan dalam masjid yang diselenggarakan shalat lima waktu.

Selain itu kata beliau umat Islam wajib memenuhi seruan Allah dengan beriman kepada-Nya dan tunduk mentaati-Nya. Dan yang demikian itu adalah syarat dikabulkannya doa.

Wajib konsisten dengan mentaati perintah Allah dan larangan-Nya. Allah Ta'ala berfirman: “ltulah larangan Allah maka kamu jangan mendekatinya.”

Mana janji SPR

Baru-baru ini satu wacana yang dikira hangat melibatkan orang kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dianjurkan oleh Sinar di Shah Alam.

Ramai yang melahirkan kekecewaan dengan program tersebut termasuk blog Bila Kentong Berbunyi (kentong-suhaizan.blogspot.com).

Katanya: “Sudah dua kali hak saya sebagai warganegara Malaysia dihalang untuk bebas bergerak dan bersuara.

“Pertama pada 9 Julai 2011 saya dihalang untuk berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan semalam (26 Julai) saya pula dihalang untuk mengajukan soalan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kononnya atas arahan orang atasan.

Bagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada Sinar yang telah menganjurkan “Dialog Apa selepas 9 Julai?” dengan mempertemukan Bersih 2.0 dan SPR. Bersih 2.0 telah dianggap sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri.

“Sebenarnya saya mahu mengajukan beberapa soalan kepada Datuk Wan Ahmad iaitu berkaitan dengan Double Voting, Daftar Pemilih, Pengundi Pos dan Advance Voting. Pada 7 Oktober 2009 telah diadakan pertemuan antara SPR dan pemimpin Pas yang dianggotai oleh Datuk Mustafa Ali, Datuk Abdul Halim Abd Rahman, Mohzit Mohid dan saya sendiri.

Pemuda Pas telah mengemukakan senarai 253 pengundi pos yang bertindan. Mereka mempunyai nama sebagai pengundi pos di Bagan Pinang tetapi mempunyai nama yang sama di tempat lain. Pertindanan ini telah berlaku dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam perbincangan itu SPR telah berjanji untuk menghapuskan pertindanan itu. Malangnya pertindanan tersebut masih lagi berlaku pada tahun 2011. Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia.

Dalam kenyataan Datuk Wan Ahmad kepada The Star pada 24 Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah.

Secara tidak lansung juga SPR telah mendaftarkan pengundi yang tidak sah. Itulah yang dinamakan pengundi hantu. Persoalannya mengapa SPR menafikan pengundi hantu? “Walaupun saya tidak dapat mengajukan soalan tetapi soalan ini dapat disampaikan oleh Mohzit Mohid.

“Malangnya Wan Ahmad menjawab bahawa soalan itu hanya sesuai untuk taraf seorang kerani sahaja bukan ahli suruhanjaya diraja sepertinya.

“Sebab itu jawapannya telah di “boo” oleh penonton. Persoalannya apakah dasar yang dipakai oleh SPR jika masih terdapat pertindaan pengundi walaupun telah ditegur pada tahun 2009?

Jijiknya perangai Umno

Kedah La (kedahla.blogspot.com) berkata seorang pemimpin Umno Pulau Pinang yang sebelum ini sering buat kecoh dengan publisiti murahan, kini buat satu lagi gimik politik iaitu hadiahkan coli dan seluar dalam pada Ketua Menteri, Lim Guam Eng.

Apa yang nak digambarkan di sini ialah begitulah kotornya mentaliti Umno menjadikan apa yang berkaitan dengan wanita sebagai objek untuk dipersenda guraukan.

Malunya jadi ahli Umno melihat perangai pemimpin mereka. Kepada masyarakat non Muslim pula, perbuatan tersebut betul menjatuhkan maruah umat Islam.

“Kalau macam tu perangai orang yang mengaku Islam, apa lagi yang bukan Islam mahu contohi dari Islam. Akibat hilang negeri Umno dah jadi sasau. Kalau hilang pula Pusat tak dapatlah nak digambarkan bagaimana pula gelagat mereka.

“Cukuplah, kalau kita umat Islam mahu selamatkan maruah Islam dari terus dilihat jijik oleh pihak yang belum Islam, marilah umat Islam semua bersatu menjatuhkan Umno sehingga tercabut akar umbinya sekali,” katanya.

Read More...

Tuesday, August 2, 2011

11,600 rumah mampu milik dalam masa tiga tahun sahaja

GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat telah meluluskan pembinaan 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sejak 2008.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kejayaan itu sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, beliau berkata, rumah berkenaan berharga di antara RM42,000 untuk kos rendah dan RM72,500 sederhana rendah.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang juga berhasrat membangunkan semula beberapa projek perumahan yang akan melibatkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana rendah.

Di bawah kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibangunkan adalah seperti berikut:

Kos Rendah Kos Sederhana Rendah Jumlah
Kerajaan 1194 2227 3421
Swasta 2612 5563 8175
Jumlah 3806 7790 11596

Pecahan mengikut daerah bagi projek kerajaan negeri adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 686 - - 304 - 990
Kos Sederhana Rendah 1522 - - - - 1522
Jumlah 2208 - - 304 - 2512

Pecahan mengikut daerah bagi projek agensi kerajaan negeri adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 204 - - - - 204
Kos Sederhana Rendah 510 - - - 195 705
Jumlah 714 - - - 195 909

Pecahan mengikut daerah bagi projek Swasta adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 485 320 885 551 371 2612
Kos Sederhana Rendah 1556 3597 34 91 285 5563
Jumlah 2041 3917 919 642 656 8175

* DTL – Daerah Timur Laut
* DBD – Dareah Barat Daya
* SPU – Seberang Prai Utara
* SPT – Seberang Prai Tengah
* SPS – Seberang Prai Selatan

Read More...

Monday, August 1, 2011

Biometrik punya pasal Najib sanggup akui daftar SPR ada pengundi hantu

Najib beria-ia sangat mahu menggunakan sistem biometrik, sehingga sanggup akui daftar pemilih SPR ada pengundi hantu.

Sedangkan sebelum ini, beliau yang menafikan ada pengundi hantu tetapi sekarang sudah spin kerana ada kepentingan biometrik.

Sebenarnya biometrik dengar dan nampak sahaja pada nama yang hebat tetapi ia belum jamin tidak berlaku penipuan kerana yang melaksanakan penipu.

Penipu akan suka kepada biometrik itu kerana dia rasa dia boleh menipu secara sistematik.

Setekat ini SPR dan beliau belum dapat memberi jaminan biometrik boleh mengatasi masalah seorang pengundi boleh mengundi banyak kali.

Biometrik memang mampu mengesan pengundi hantu tetapi belum tentu dapat halang pengundi hantu itu mahu undi acap kali.

Sekarang pendatang tanpa izin pun sudha diputih dengan biometrik dan mereka ini juga akan digunakan untuk mengundi Umno.

Berita sebelum ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau juga komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini.

Menurutnya, sistem biometrik yang akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang.

Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya, namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada PRU-13.

Bagaimanapun, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13.

Selain itu, Najib juga menyentuh pentadbiran Pas di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Beliau berkata, mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

“Kerajaan Pas di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” katanya.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP