Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

BN lulus undang-undang mahu kekal berkuasa

NAJIB dan rakan sewaktu dengannya tidak mengambil iktibar kejatuhan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, Gaddafi, Saddam Hussein, Hosni Mubarak.

Mereka mencipta undang-undang untuk terus mengekalkan kuasa mereka sedang rakyat menunjukkan tanda bantahan.

Mereka lulus Akta Perhimpunan Aman. Berslindung disebalik nama aman tetapi hakikatnya akta tersebut sebenarnya menyekat dan menghalang rakyat berdemo.

Anda berdemo… anda boleh ditangkap dan dikenakan denda hingga rm20 ribu.

Mereka ini jatuh kerana melaksanakan undang-undang yang mengekalkan kuasa mereka. Kuku besi, diktaktor dan kapitalis… semua ada pada mereka kerana yang buruk ini boleh mengekalkan kuasa mereka untuk terus bermaharajalela ,mengaut kekayaan harta negara.

Berita berikutnya:

Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan

3:48PM Nov 29, 2011

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.

Read More...

Friday, November 25, 2011

Irfan Makki - Mabrouk (Malay Chorus)



Read More...

Irfan Makki - Mamma (Lyrics)



Read More...

Thursday, November 24, 2011

Rabbana Ya Rabbana (Nasheed) - Anas Younus



Read More...

khomeini & queenie padilla - part4 - lima rukon nu islam



Read More...

Queenie Padilla Daughter of Robin Padilla on Hajj, Showbiz and Islam



Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.

"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilapurkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah.

Read More...

Tuesday, November 22, 2011

Kuasa Allah



Read More...

Monday, November 21, 2011

Nhac Cham song muslim Vietnam - Solawat by Ysa.



Read More...

Sunday, November 20, 2011

Jangan pandang belakang - Siri Cinta Kemboja

BAGAIMANA sekiranya belakang itu lebih baik. Mana bukti belakang tidak baik. Tetapi orang sekarang takut pandang belakang. Kerana ada filem jangan pandang belakang.
Gambar: Penulis (kanan) ketika menemubual Kamaruddin Yusuf, Mufti Kemboja (tiga dari kiri) di pejabat beliau di Phnom Penh sebelum solat Jumaat 11 November. Dari kiri Dr Rohani isteri Ustaz Nik Radzi Nik Mat, Razak bilal masjid Subang Airport dan Cikgu Zainon.

Itu pasal otak kita sudah jadi Melayu. Semua filem berhantu. Tetapi yang peliknya berhantu tu ramai tengok. Penuh panggung.

Memang belakang itu tidak maju. Tengok saja tu… belakang itu filem hantu.
Belakang itu… terkebelakang. Sudah ketinggalan!

Belakang tu… mak bapak marah. Kenapa dapat nombor belakang? Malas atau tak pandai. Tak faham!

Belakang kurang afdhal. Berebutlah sah depan. Tetapi ada orang niaga pahala. Sudah dapat duduk depan dijual kerana dia nampak pahala dunia daripada pahala akhirat.

Belakang tidak dengar. Ada juga depan lebih pekak daripada belakang kerana belakang ada speaker.

Belakang kita tidak tahu pasal mata kita kat depan. Tetapi masa belakang kita tahu kerana kita sudah tempuh… Cuma ada orang kata Melayu mudah lupa.

Belakang tidak semestinya orang lupa malah ada tergila… tengok saja kereta antik.

Kita ke depan tapi kita sebenarnya tak mampu kejar di depan.

Kita pengikut sahaja yang depan.

Kita guna orang yang dah ke depan.

Akhirnya kita kata orang ketinggalan. Berpuluh tahun ke belakang.

Namun yang belakang itu tidak semestinya tidak baik. Yang terbaik dunia belakang masa Nabi Muhammad SAW.

Sebab itu bila kita rasai dunia yang tertinggal berpuluh tahun ke belakang kita tengok ia lebih menenangkan.

Kita kata mereka tidak sihat rupanya kita yang banyak penyakit.

Belakang kita penuh ketenangan.

Belakang kita penuh kesyahduan.

Belakang kita banyak air mata mengalir. Bukan kerana mereka tidak ada kebendaan tetapi masa mereka ada untuk renung siapa pencipta.

Itu yang seronok malam belakang. Malam depan banyak tengok tv. Banyak internet nak baca. Rupanya makin banyak informasi makin banyak tak menentu.

Walau kita sudah ke depan, belakang kita masih ada yang belakang.

Yang belakang adatnya lebih banyak masa di depan.

Makin depan masa sudah pendek.

Kubur kata mai rumah baru...

Read More...

Friday, November 18, 2011

Hasan Ali ubah la

SEBELUM ini saya kritik Asri tetapi kali ni saya nak puji dia dan nak kritik Hasan Ali. Saya setuju pendapat Asri dalam hal ni.

Hasan Ali patut menyelesaikan persoalan umat Islam mahu berdakwah tetapi dihalang dengan tauliah mengajar. Sedangkan orang yang nak menyampaikan Islam itu mahu menceritakan tentang Islam syumul bukan budaya.

Hak yang dapat tauliah mengajar tu sampaikan Islam setakat ibadah sahaja, munajat iaitu hal peribadi dalam Islam bukan perkara yang lebih besar tentang akidah ummah.

Hasan Ali… anda kena faham Islam. Jangan sempitkan hingga ditertawakan oleh bukan Islam.

Kalau mahu menyampaikan Islam secara syumul dihalang macam mana kita mahu menjaga umat Islam daripada dirosak akidah.

Jika kita dapat menerapkan Islam syumul kepada umat Islam nescaya iman dan kepercayaan serta keyakinan itu mempertahankan Islam pada mereka.

Kita sudah banyak belajar Islam budaya dan keturunan melalui nenek moyang dan Umno. Maka sampai masa kita ubah dan Hasan Ali patut ubah dan bukan hanya sekadar munajat.

Munajat itu hak peribadi bukan amal wajib yang perlu diwar-warkan kononnya mengalir air mata darah depan orang ramai. Ini ilmu tak betul.

Memang kita akui ada amal ibadah yang menunjukkan syiar Islam seperti haji dan solat wajib. Ini amal yang perlu kita tunjuk bagi menyatakan kesatuan Islam kepada bukan Islam.

Tetapi setakat amal hak wajib ini kita berjaya war-warkan. Sebaliknya amal sunat yang Allah suruh sembunyikan antara kita dengan Allah yang kita nak besarkan, hebohkan konon aku la warak. Dekat dengan Allah sampai mengalir air mata konon bermunajat.

Berita berkaitan:

'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

8:35AM Nov 18, 2011

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

“Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup.” kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

azlanMenurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Kebenaran hakiki

“Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

“Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran,” kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali“Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

“Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana,” katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa “alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas”.

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.

NONESebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

Himpun placards“Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

“Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri,” katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

azlan"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

azlan"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

Read More...

Tuesday, November 15, 2011

Bersolatlah semoga kita termasuk orang ikut perintah Allah SWT

Hukum tidak solat Fardhu lima waktu adalah berdosa besar kerana ia adalah perkara wajib bagi seorang Islam yang baligh dan berakal atau mukallaf.

Solat adalah perintah Allah SWT dan hendaklah didirikan bagi menyatakan ketaatan kita kepada Allah SWT yang menciptakan kita. Ia mesti dilakukan walau dalam keadaan apa sekalipun atau sakit.

Perintah solat lima waktu dalam surah al-Israa’ ayat 78:

Bermaksud: Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

Solat Fardhu adalah tiang agama, tidak sembahyang maknanya seseorang itu tiada agama.

Sekiranya seseorang itu menafikan solat seperti mengatakan solat lima waktu itu tidak wajib melakukannya atau hanya boleh melakukan hanya sekadar berniat sahaja maka perkara tersebut bukan sahaja berdosa tetapi seseorang itu boleh dihukum kafir.

Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Dalam soal ini kita umat Islam harus berhati-hati kerana ada hadis riwayat Attabrani berbunyi:

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan."

Kita harus ingat bahawa Iblis dihukum kafir hanya kerana melanggar arahan Allah supaya ia sujud kepada Adam as tetapi Iblis engkar.

Iblis sombong maka ia termasuk golongan kafir.

Jika kita tidak sembahyang kerana sombong tidak mahu patuh arahan Allah SWT maka kita bimbang kita termasuk golongan iblis tadi.

Read More...

Monday, November 14, 2011

Kenapa Najwa tidak guna nama Muhyiddin

Najwa, pemenang Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) sebenarnya anak siapa.

Anak Mahaiddin atau Muhyiddin. Apa yang mahu di selindung Muhyiddin atau Najwa kononnya naik bukan atas populariti bapanya.

Kalau ikut gambar tu mana lebih elok Yuna atau Najwa. Orang kata Najwa tu anak aliran ulama di Johor.

Berita berikutnya:

ANUGERAH Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) nampaknya menjadi kuasa wanita. Kejayaan Yuna dan Najwa Mahaiddin disusuli dengan ‘orang lama, Datuk Sheila Majid menjadi bukti kekuatan dan kehebatan wanita dalam mencabar keegoan lelaki yang selama ini sentiasa menguasai acara besar industri muzik kita.

Tambahan pula, Yuna dan Najwa adalah dua gadis yang bukan sekadar, menyanyi tetapi juga turut menghasilkan lagu dan lirik. Muzik mereka juga dalam kelas tersendiri.
Ketika pemuzik atau penyanyi lelaki lebih ghairah dengan corak muzik indie yang kadang-kadang kurang jelas alirannya atau muzik pop dan pop rock, Yuna dan Najwa pula memilih muzik yang lebih dekat dengan aura wanita iaitu soul atau rythm & blues (R&B) dengan gaya pop.
Dan hasilnya, tidak mengecewakan.

Pada AIM18, Yuna merangkul tiga trofi menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik: Penakut, selain Anugerah Kembara.

Satu pencapaian terbesar dan penuh bermakna buat dirinya. Dalam pada itu, mengulas kejayaan lagu Penakut, Yuna berkata, ada cerita menarik yang ingin dikongsi di sebalik pembikinan lagu itu.

"Terus terang, sewaktu mencipta lagu ini, saya tidak yakin bahawa lagu ini mampu diterima ramai. Lagu ini adalah sebuah lagu eksperimen kerana susunannya berbeza dengan lagu biasa.
Chorus cuma sekali dan saya bimbang jika peminat tidak faham. Mungkin lagu ini menang kerana juri mengambil inspirasi yang ada dalam lagu ini," ujarnya yang anggun mengenakan busana rona hitam dan merah jambu.

AIM18 juga menjadi pemangkin untuk meneruskan kejayaan. Namun ada ketika ia menjadi badi apabila ia menjadi penamat kepada kerjaya. Dalam AIM, kategori Artis Baru Terbaik sering dikaitkan dengan perkara itu.

Walaupun bukan semua, namun ada beberapa penyanyi yang selepas menggenggam anugerah itu, kelibat mereka hilang entah ke mana. Apakah perkara yang sama bakal menimpa penyanyi ini?

Menjawab pertanyaan itu, Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu.

"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja,” katanya.

Peminat kurang hargai kerja pengkarya muzik

AIM18 yang menutup tirainya malam kelmarin bukan saja menyaksikan penyanyi generasi baru terus meluaskan pengaruh mereka, tetapi ia juga turut membuktikan penyanyi generasi lama juga masih berbisa serta mampu memberi saingan yang kuat.

Di sebalik menyinarnya penyanyi yang mempunyai kepelbagaian bakat seperti berkebolehan mencipta lagu dan menulis lirik, acara berprestij malam itu turut menyaksikan kebangkitan semula penyanyi yang pernah melakar kejayaan dalam majlis yang sama sebelum ini.

Dalam pada kita meraikan kemunculan bakat baru, orang lama tetap tidak dipinggirkan.

Meskipun industri hiburan mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbakat besar seperti Yuna yang membolot tiga anugerah iaitu Anugerah Kembara, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik (Penakut) dan juga Najwa Mahiaddin yang donobatkan sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go), namun pada masa sama, penat lelah Datuk Sheila Majid yang memberikan hasil produksi terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years Of Sheila Majid turut mendapat pengiktirafan apabila album projek khas itu mengungguli dua kategori iaitu Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik.

Ternyata selepas sedekad tidak berada di dalam senarai pemenang AIM, Sheila yang suatu ketika dulu pernah berada di kedudukan Yuna sekarang kembali bangkit, sekali gus membuktikan penyanyi berpengalaman sepertinya masih tajam taringnya jika diberi peluang.

Namun, tegas penyanyi ini, penyertaannya dalam acara itu bukanlah atas niat mahu menggugat sesiapa.

"Saya buat album ini kerana mahu memberikan hadiah kepada peminat sempena 25 tahun saya berada dalam industri muzik. Menjadi prinsip saya selama ini iaitu jika buat sesuatu, memang amat mementingkan kualiti.

"Tiada tolak ansur dalam soal itu. Selepas sedekad tidak dicalonkan dalam AIM, saya teruja kerana berpeluang bersaing dengan penyanyi generasi baru,” kata Sheila pada majlis sidang media sejurus selepas malam kemuncak AIM18.

Hadir sama Yuna, Najwa dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM18, Rosmin Hashim dan Adrian Lim.

Sheila juga menegaskan, dia tidak bersedia untuk menghasilkan album terbaru kerana mentaliti orang Malaysia yang belum menghargai susah payah menghasilkan kerja kreatif.

“Untuk membuat album kosnya bukanlah murah. Muzik harus dimainkan oleh manusia kerana ia mempunyai emosi dan lahir dari hati. Untuk mendapatkan khidmat pemuzik profesional, bayarannya memang mahal.

"Kalau peminat muzik lebih suka produk cetak rompak dan tidak membantu karyawan muzik, bagaimana kami mahu mendapatkan modal menghasilkan produk berkualiti. Setakat ini saya tetap dengan pendirian untuk tidak hasilkan album baru,” tegasnya.

Read More...

Friday, November 4, 2011

Binatang pun tak minat guy

Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina.

Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang?

Seksualiti aneh wajar ditentang

Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malukah kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam?

Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini.

cock chicken fighting 260209Mungkin ayam jantan tu akan berkata: "Jantan jenis apa kamu ini, memalukan manusia dan binatang jantan."

Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal.

Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal.

Teringat saya sekitar 15 tahun lalu sewaktu menguruskan jemaah haji, pihak kaunseling bertanyakan saya tentang hasrat sekumpulan maknyah dan pondan yang ingin menunaikan ibadat haji.

Saya sambut dengan rasa gembira hasrat mulia mereka untuk dekat dengan Allah. Bagilah mereka peluang untuk kembali dekat kepada Allah kerana rahmat Allah itu tiada batasannya.

Rahmat Allah meliputi segalanya. Hanya dosa syirik yang Dia tidak ampunkan. Yang lain, semuanya akan diampun bagi yang bertaubat dan memohon keampunannya, terlebih lagi kalau dilakukan di tanah suci - di Arafah sewaktu wukuf dan di Mina sewaktu mabit.

Kenapa tak mahu hidup serupa?

Namun persoalan mereka itu tidak berakhir di situ. Saya silap! Mereka yang jadi maknyah ini sebahagiannya sudah berubah bentuk fizikal menjadi jantina lain, sedangkan jantina asal masih kemas tercetak dalam KPT mereka.

Soalan utama mereka: Mereka kena pakai telekungkah? Mereka hendak solat dalam saf wanita? Nanti kalau pergi Arafah, mereka kena pakai telekung atau pakai kain ihram dua helai seperti lelaki lain?

NONEKalau pakai kain ihram macam lelaki sejati, bukankah akan tersembul dua bukit itu? Bukankah itu akan mengganggu lelaki lelaki normal yang berwukuf dan berihram nanti? Nanti di Mina, mereka hendak tidur khemah mana?

Saya tiada jawapan! Sekadar saya bertanya kembali, golongan wanita asli, bolehkah menerima mereka duduk dalam satu saf dan satu khemah? Sebab yang pasti suara garau mereka pasti akan mengganggu talbiah dan takbir wanita.

Manakala bagi khemah dan saf lelaki normal, apakah mereka boleh menerima mereka dalam keadaan lenggok badan mereka yang berbeza. Di samping kalau mereka berihram, sudah pasti bonjolan dada mereka akan mengganggu ibadat orang lain.

Tetapi, kalau buat khemah khusus dan saf khusus untuk mereka pula, sudah pasti pihak yang menyediakan kemudahan itu tetap akan dituduh mendiskriminasi mereka pula, sebab menganggap mereka seperti makhluk lain?

Yang pastinya, kenapa mereka tidak mahu hidup serupa dan sama rata seperti manusia lain? Bukankah itu manusia yang sebenar?

Saudara fikir bagaimana hendak bantu jawapan saya? Hendak letak mereka dalam khemah mana?

Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.

meccaNabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi.

Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis.

Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui.

Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang.

Oleh Dr Juanda Jaya. Penulis merupakan mufti Perlis. Bekas zamil di Universiti Oxford itu juga dilantik profesor adjung di Universiti Malaysia Perlis dan profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia.

Read More...

Tuesday, November 1, 2011

Kita boleh tinggal blog bermanfaat sebelum mati

YA Allah berikan aku ilmu yang memberi manfaat.

Semoga dengan ilmu manfaat kita dapat sebarkan dan ia memberi pahala yang berkekalan walau pun kita meninggal dunia.

Tiga perkara yang tidak memutuskan pahala walau pun ia mati iaitu sedekah yang berkekalan seperti mewakafkan al-Quran, masjid, tanah atau rumah untuk kerja kebajikan, kebaikan dan fisabilillah, telaga atau air yang berkekalan untuk memberi minum kepada orang ramai.

Membina pusat ilmu sama ada tempat terbit surat khabar, majalah dan buku yang menyampai kebenaran Islam untuk dibaca orang awam, perpustakaan, pusat tahfiz, pusat ilmu, tempat anak yatim atau orang tua dan lain-lain.

Kedua ilmu yang memberi manfaat. Iaitu ilmu kita yang kita tinggalkan sama ada dengan cara kita mengajar dan anak murid pula menyebar ilmu tersebut, menulis buku yang dibaca orang ramai dan disebar oleh guru jika tersebut menjadi rujukan.

Dan sekarang orang awam pun boleh meninggalkan ilmu bermanfaat walaupun kita tidak mampu menerbit buku iaitu cara mudah dan murah dengan menulis blog.

Ketiga anak soleh yang mendoakan ibu bapanya. Beruntung kepada mereka yang ada anak dan mendidik anaknya menjadi pejuang Islam, penegak kebenaran, pendakwah, berkahlak baik yang menjadi tauladan kepada orang lain dan pelbagai kebaikan dan semua itu doa untuk ibu bapanya yang meninggal.

Kepada yang tidak ada anak masih lagi ada dua peluang iaitu ilmu dan sedekah yang ditinggalkan memberi manfaat kepada manusia lainnya dan kehidupan generasi lain.

Dalam dunia ICT peluang begitu banyak untuk meninggalkan ilmu bermanfaat. Ada orang menulis blog, facebook dan twitter. Blog contohnya, ia seumpama penulisan buku.

Kita mati tetapi ia tetapi masih boleh di akses oleh orang ramai. Malah ilmu bermanfaat itu boleh dibaca dan tersebar.

Alangkah damainya bila pahala kita masih berjalan dan berpanjangan kerana manfaat orang masih membaca dan menyebarkan kepada orang lain walaupun kita sudah di alam kubur.

Tetapi bagaimana sekiranya blog itu di isi benda fitnah, ilmu yang langsung tidak memberi manfaat sebaliknya memberi keburukan pula kepada manusia.

Kita tidak tahu bila kita mati. Barangkali kita tak sempat pun nak delete bahan kita yang memudhoratkan manusia, malaikat maut sudah panggil kita.

Kalau kita sakit kritikal, macam Azean Erdawaty kena barah. Itu menunjukkan Allah SWT masih sayang kita kerana kita sempat bertaubat. Kita sedar nak mati. Kita tahu date line kita tetapi bagaimana kalau kita mati mengejut. Ya Allah ampunilah hamba mu, semoga kita mendapat rahmat Allah SWT.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP